Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun Ini

Pengumuman semakan keputusan gred/pangkat STAM kepada pelajar yang ada menduduki peperiksaan ini. Seperti yang telah anda maklum dan tahu bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan  mengikut maklumat yang diumumkan di laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berlaku pertambahan yang agak ramai. Ini mungkin kerana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf STAM sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ini adalah berita baik untuk para pelajar yang berminat untuk mengikuti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Jika anda terlepas post terdahulu kami mengenai topik Maklumat Pendaftaran Peperiksaan STAM anda digalakkan membacanya juga terutama kepada mereka yang berniat untuk menduduki peperiksaan STAM ini.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Cara Semakan Keputusan STAM Melalui Aplikasi SMS.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, pada pagi keputusan diumumkan dan akan ditamatkan pada 11.59 malam.

Sila rujuk gambar dibawah untuk menyemak keputusan STAM melalui SMS.
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) online
Click on the photo to enlarge
Kepada mereka yang lulus dan memperolehi sijil, anda adalah layak untuk memohon untuk melanjutkan pendidikan anda ke universiti tempatan. Walau bagaimanapun anda adalah digalakkan untuk membaca maklumat lanjut di PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN STAM.

Kepada yang mendapat kelulusan bertaraf Mumtaz, anda adalah layak untuk melanjutkan pelajaran ke University Aa-Azhar, Mesir. Walau bagaimanapun ada diharap untuk menunggu keadaan pergolakan politik di Egypt reda sebelum anda memohon untuk memasuki universiti tersebut.

Syarat mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk panduan pelajar

Untuk maklumat terkini dan maklumat lanjut anda boleh berhubung terus dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Negara (KPTN).

READ ALSO: Pendaftaran Calon Persendirian PT3, SPM, SPMU dan STAM

Kepada calon-calon STAM  yang tidak berjaya, sila jangan putus asa. Anda boleh mendaftar untuk menduduki semula peperiksaan itu nanti. 
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah: