Ahad, 5 Ogos 2018

Khidmat Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Diteruskan

Khidmat Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Diteruskan. Rintihan bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kini mendapat perhatian pihak kerajaan. GSTT yang sudah mempunyai pengalaman mengajar ini seharusnya diberikan peluang untuk kemasukan ke Institut Perguruan atau KPLI.

Syarat Permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Sebelum anda memohon sila buat semakan sama anda menepati syarat kelayakan GSTT. Sekiranya anda berminat untuk memohon jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sila rujuk Syarat Dan Kelayakan Jawatan GSTT untuk panduan anda membuat permohonan.

borang permohonan gstt online

KUALA LUMPUR: Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi, berkata bagi 578 guru GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu pula, kementerian turut memutuskan mengkaji semula kedudukan mereka berikutan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun. Katanya guru GSTT yang disambung kembali kontraknya adalah mereka yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut.

Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

"Kita akan panggil kembali (guru GSTT) untuk ditempatkan semula di sekolah yang ada kekurangan guru. Jika sekolah mereka (mengajar) sebelum ini sudah dipenuhi guru terlatih, maka guru GSTT ini akan ditempatkan di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Kedudukan guru GSTT yang berkhidmat lebih tiga tahun tetapi tidak secara berturut-turut" katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sebelum ini, guru GSTT yang ditamatkan kontrak oleh Kementerian Pelajaran merayu supaya kontrak mereka dilanjutkan semula selain berharap dapat diserap sebagai guru tetap.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan, berkata kementerian perlu mencari mekanisme khusus untuk menyerap lebih ramai guru GSTT sebagai guru tetap. "Kalau boleh kementerian turut memangil kembali guru GSTT yang sudah bertugas lebih setahun ataupun dua tahun, kerana mereka ini sudah memiliki pengalaman. Jadi kumpulan ini perlu dipertimbangkan," katanya.

Hashim berkata, guru GSTT lepasan ijazah perlu diberi ruang untuk diserap sebagai guru tetap terutama bagi menampung keperluan kekurangan guru di sekolah menengah.
Kepada yang berminat untuk memohon GSTT anda boleh download Borang Permohonan GSTT di sini. Anda juga boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Pelajaran Negeri yang terdekat dengan anda.

Untuk maklumat tambahan anda boleh rujuk post kami yang terdahulu di SINI dan SINI

Ini adalah berita yang mengembirakan kepada guru GSTT. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.