Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) Untuk Lepasan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) Untuk Lepasan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian. Lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang berkelayakan dipelawa oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memohon Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Berikut adalah syarat-syarat am untuk memohon kursus perguruan lepasan ijazah (DPLI) yang harus anda ada untuk melayakkan anda untuk permohonan DPLI.

Syarat Am

1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
3. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
4. Sila semak laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp
untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

Syarat Akademik 

1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75; ATAU
2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti. DAN
3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai; DAN
5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) DAN
6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemuduga.

Syarat Khas Program

1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://upu.mohe.gov.my
2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
3. Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Permohonan

1. Permohonan perlu dibuat secara online melalui Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Diploma Pendidikan (DP). (NOTA : Pautan ini belum dibuka lagi)
2. Pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan. Slip pembayaran perlu disimpan untuk rujukan dan bukti pembelian.
3. Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya sebelum tarikh tutup.
4. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
  • Maklumat Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
  • Salinan Sijil Kelahiran Calon
  • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
  • Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.
  • Salinan sijil SPM
Ujian MEdSI dan Temu duga

1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
3. Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak melalui laman web http://www.mpm.edu.my.
4. Panggilan temu duga boleh disemak  melalui laman web http://upu.mohe.gov.my
5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Universiti Dan Pengkhususan

Berikut adalah senarai IPTA yang ada menawarkan program pendidikan dan pengkhususannya;

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dan cara permohonan DPLI

Maklumat

1. Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja sila rujuk laman web UPU untuk maklumat yang lebih terperinci.
2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Program Diploma Pendidikan  sebagai panduan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03 8883 5801 / 5802 / 5858 atau emel: upu@mohe.gov.my
4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.