Semakan Pengambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Tahun Ini

Tahniah kepada pelajar pengambilan pertama yang berjaya masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepada yang gagal dalam pengambilan pertama pada bulan Disember lepas and kini boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan anda.
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana untuk membuat semakan keputusan pengambilan kedua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1.

Kepada yang terlepas membaca post kami yang terdahulu mengenai  Panduan Dan Cara Memohon Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 anda digalakkan untuk membacanya.

Berikut adalah cara yang senang dan biasa digunakan untuk membuat semakan.

Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik di Malaysia

Semakan panggilan kedua SBP

1. Anda boleh membuat semakan untuk pengambilan kedua SBP Tingkatan 1melalui online di Kementerian Pelajaran >>> Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh.

2. Anda boleh membuat semakan dengan menggunakan angka giliran UPSR anda

3. Angka giliran UPSR anda itu hendaklah sama seperti dalam slip pendaftaran UPSR.

Sila rujuk Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia untuk maklumat lanjut anda. Jumlah ini mungkin akan bertambah dari masa ke semasa jika ada SBP baru yang diwujudkan oleh kerajaan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lanjut sila berhubing terus dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Sekali lagi kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anda yang berjaya memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2011. Kepada yang baru membuat semakan untuk panggilan kedua SBP, semoga berjaya untuk anda daripada pendidikanmalaysia.com