Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia Dan Panduan Kemasukan

Senarai sekolah berprestasi tinggi Malaysia yang sentiasa menjadi pilihan dan rebutan pelajar. Setakat ini sebanyak 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) seperti mana yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran bagi tahun 2011 berbanding 20 pada tahun lepas. Ini membabitkan 2 sekolah menengah harian, 11 sekolah berasrama penuh, 8 sekolah kebangsaan dan 2 sekolah jenis kebangsaan.

Jumlah ini dijangka akan bertambah selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia.

Senarai sekolah berprestasi tinggi Malaysia ini dimaklumkan kepada umum oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang yang merupakan sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

READ ALSO: Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Di Malaysia


SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia

Sekolah Menengah Harian

   1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
   2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor

Sekolah Berasrama Penuh

   1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
   2. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
   3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
   4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
   5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
   6. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
   7. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
   8. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
   9. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  10. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  11. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor

Sekolah Kebangsaan

   1. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
   2. SK Convent Muar, Johor
   3. SK Seri Biram, Pahang
   4. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
   5. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
   6. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
   7. SK Sultan Ismail, Terengganu
   8. SK Jalan Tiga, Selangor

Sekolah Jenis Kebangsaan

   1. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Perempuan China, Pulau Pinang
   2. SJK(C) Lick Hung, Selangor

SK Ulu Lubai adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai SBT. SK Ulu Lubai membuktikan berada di luar bandar bukan halangan mencapai kejayaan. Walaupun keadaan sekolah yang sederhana dan bangunan kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik amat cemerlang apabila Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga kini dan sentiasa menjadi sekolah terbaik di Sarawak. SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan melonjak naik ke tempat pertama pada 2010,

SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat antarabangsa iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice Awards 2009; finalis Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang dianugerahkan Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia, serta terkini ialah pencalonan UNESCO Education of International Best Practices 2010.

Sekolah ini juga merangkul lima anugerah di peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah. Di samping itu SK Ulu Lubai juga aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi luar negara pada 2009 dan 2010 membabitkan Universiti Bristol United Kingdom (UK); Jin Shan Primary School Singapore; Kingsford Community School UK dan Deptford Green School UK.

Semoga perkongsian senarai sekolah berprestasi tinggi Malaysia ini bermanfaat kepada anda. Anda nak memohon memasuki sekolah-sekolah tersebut?
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.