Permohonan Dan Syarat Kemasukan Politeknik KPT

Permohonan Dan Syarat Kemasukan Politeknik KPT . Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat sijil, diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT.

Oleh kerana artikel kami mengenai Proses Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Untuk Peringkat Sijil Dan Diploma amat popular maka kami mengambil keputusan untuk membuat kemaskini (update) mengenai topik tersebut di sini.

Politeknik KPT menawarkan program pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan termasuk program sijil kemahiran kepada calon berkeperluan khas. Ketika ini terdapat sebanyak 54 program peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan ditawarkan di 27 politeknik seluruh negara.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 51,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan pelajar berkepeluan khas (masalah pendengaran) lulusan Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program tersebut.

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :

Politeknik Premier

Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.

Politeknik Konvensional

Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

Politeknik Metro

Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

Syarat Permohonan

Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan memenuhi syarat ;
  • Untuk lulusan SPM dan setaraf
  • Untuk lulusan Sijil Politeknik KPT
  • Untuk lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
  • Untuk lulusan Diploma Politeknik KPT
  • Untuk lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains
  • Untuk lulusan Pendidikan Khas KPM
* Pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengisi eBorang.

Cara Permohonan 

Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 3 katergori.

permohonan dan syarat kemasukan ke politeknik selepas SPM

Permohonan UPU

* Permohonan melalui UPU ini bagi pemohon lepasan SPM dan setaraf.
* Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
* Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012.
* Borang Permohonan UPU

Permohonan Terus

* Permohonan terus ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
  • Lulusan Sijil Politeknik KPT
  • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
  • Lulusan Diploma Politeknik KPT
  • Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains  
* Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
* Sila rujuk Maklumat Permohonan Lepasan Sijil / Diploma Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Lepasan Kolej Matrikulasi.
* Borang Permohonan Terus.

Permohonan Khas

* Pemohon Berkeperluan Khas (Masalah Pendengaran) adalah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.
* Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas (KPM) dan dihantar kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
* Sila rujuk Permohonan ke Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Julai 2011 akan ditutup pada 4 April 2011.
Keputusan Permohonan
* Keputusan permohonan ke Politeknik KPT sesi Julai 2011 akan diumumkan pada :
  • 22 Mei 2011 untuk Program Diploma, Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik, Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik.
  • 4 Julai 2011 untuk Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik(Perubatan) (AEU) dan Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automatif (AAD)
READ ALSO: Semakan Kemasukan Ke Politeknik

Maklumat

* Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8883 5858 atau Talian Am 03 8883 5801 / 5802 atau e-mel : [email protected] atau layari laman web UPU.
* Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Terus dan Khas boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03 8939 4058 / 4103 / 4104 / 4105 / 4106 / 4107 / 4108/ 4109 atau e-mel : [email protected] atau layari laman web Politeknik.

Anda boleh mendapatkan MAKLUMAT TERKINI dan updates di blog Pendidikan Malaysia

(1) Like / Follow Pendidikan Malaysia Facebook Page
https://web.facebook.com/pendidikanmalaysianews/
(2) Follow Pendidikan Malaysia di Google+
https://plus.google.com/+Pendidikanmalaysia
(3) Join Telegram Group blog Pendidikan Malaysia
https://telegram.me/pendidikanmalaysia
Load disqus comments

0 comments

DISCLAIMERS: Some of the pictures, videos and articles on pendidikanmalaysia.com are the property of their respective owners. pendidikanmalaysia.com do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from pendidikanmalaysia.com contents that is in violation of copyright law, please email me at sunduvan [at] gmail.com. Based on your request, pendidikanmalaysia.com will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification OR pendidikanmalaysia.com can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.