Google

Pendaftaran Peperiksaan STPM 2011


Pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2011 sebenarnya telah lama dibuka iaitu semenjak 10 Januari 2011 yang lalu. Pendaftaran ini adalah untuk mereka yang bercadang untuk mengambil STPM pada hujung tahun ini.

Pendaftaran peperiksaan STPM ini diuruskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Walau bagaimanapun pendaftaran untuk calon sekolah kerajaan telah pun ditutup pada 10 Februari 2011.

Pendaftaran STPM 2011
* Pendaftaran peperiksaan STPM perlu dilakukan secara online melalui laman web MPM di Sistem Pendaftaran Online.
* Perdaftaran online ini perlu didahului dengan pembayaran yuran asas dan mata pelajaran secara:
Perbankan internet menggunakan akaun bank atau kad kredit, ATAU
Pembelian nombor Pin MEC di BSN

Pembetulan Maklumat
Sebarang pindaan atau pembetulan maklumat selepas pendaftaran dibuat hanya dibenarkan sebanyak 2 kali sahaja.

Kadar Bayaran STPM
Berikut adalah bayaran yang dikenakan untuk peperiksaan STPM:

* Bayaran asas RM 55.00
* Bayaran untuk 1 mata pelajaran RM 35.00
* Pembelian nombor Pin MEC RM 1.00

Tarikh Tutup Pendaftaran STPM
* Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STPM 2011 bagi calon persendirian individu, sekolah swasta dan kerajaan negeri adalah pada 29 Mac 2011 ini.
* Bagi yang gagal mendapat tawaran ke IPTA pengambilan 2011, tarikh tutup adalah satu minggu selepas keputusan memasuki IPTA diumumkan,

Semakan Status Pendaftaran
Majlis Peperiksaan Malaysia tidak akan mengeluarkan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC). Calon perlu menyemak sendiri status pendaftaran dan mencetak LPKC melalui laman web MPM atau secara SMS pada bulan Jun nanti.

Tarikh Peperiksaan STPM 2011
Sila rujuk Tarikh Peperiksaan Awam 2011 untuk mendapatkan tarikh dan jadual peperiksaan STPM 2011.

Maklumat
* Sila rujuk laman web MPM dan iklan pendaftaran STPM untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
* Rujuk juga kategori STPM dan Tingkatan 6 di ePutra sebagai panduan tambahan.
* Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai pendaftaran peperiksaan STPM, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6137 2413 atau e-mel online@mpm.edu.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Today Free Scholarship Newsletter

Join Today  Free Scholarship Newsletter

Disclaimer

Some of the pictures, videos and articles on Pendidikanmalaysia.com are the property of their respective owners. Pendidikanmalaysia.com do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Pendidikanmalaysia.com contents that is in violation of copyright law, please email me at gokudat [at] gmail.com. Based on your request, Pendidikanmalaysia.com will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification OR Pendidikanmalaysia.com can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.

PEMINAT PENDIDIKANMALAYSIA.COM

Click ‘Like’ untuk berita pendidikan dan biasiswa terkini. Terima Kasih

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets