Pinjaman Pendidikan Negeri Selangor 2018-2019

Berita baik untuk pelajar-pelajar yang berasal dari Negeri Selangor, kerajan negeri ada memyediakan Pinjaman Pendidikan/Pelajaran Negeri Selangor Sesi 2017 untuk mereka yang berminat dan layak memohon.

Kerajaan Negeri Selangor mempelawa mereka yang layak untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Borang permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Peringkat Pengajian

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
* Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor

* Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu tahun sahaja.

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman setahun bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan adalah seperti berikut;

1. Ijazah (Perubatan) – RM 7,000
2. Ijazah (Lain-lain) – RM 6.500
3. Diploma – RM 4.900
4. Sijil – RM 4,000

Syarat Kelayakan Memohon

Untuk syarat kelayakan terkini anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor. 

Kelahiran
1. Pemohon seorang warganegara Malaysia.
2. Pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
3. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
4. Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, ATAU
5. Pemohon telah bermastautin lebih dari lima tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Pencapaian Akademik
* Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian.
* Pemohon yang memperolehi pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.

Penajaan
* Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan akan diberi keutamaan.

Tahun Pengajian

* Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberi tempoh pelanjutan pengajian.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Selangor.
2. Borang permohonan yang telah disi dengan lengkap perlu dicetak untuk mendapatkan pengesahan yang diperlukan.
3. Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti yang diperlukan.
4. Borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah di hantar kepada :-
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
    Tingkat 3,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Pertanyaan

1. Sila hubungi Urus Setia di talian 03 5521 2275 atau 03 5544 7543 jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan pinjaman ini.
2. Sila rujuk komen-komen di Pinjaman Pelajaran Kerajaan Selangor 2010 sebagai panduan.
3. Sila rujuk juga laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor untuk maklumat lanjut.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor 2017 dijangka akan dibuka dalam bulan Julai atau Ogos nanti.