Anugerah Biasiswa Felda Global Untuk Pelajar Malaysia

Anugerah Biasiswa Felda untuk pelajar Malaysia. Jika anda masih mencari biasiswa (scholarship offer) untuk melanjutkan pelajaran ke university atau kolej-kolej  di Malaysia, Kumpulan Felda Global mempelawa pelajar-pelajar  Malaysia yang berazam  dan berkelayakan untuk berjaya dan berminat untuk menyambung pelajaran sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi ternama di luar negara (study abroad) untuk memohon (to submit you scholarship application)  Anugerah Biasiswa Kumpulan Felda Global.

Bidang Pengajian

Kursus-kursus yang dibiayai oleh Biasiswa Kumpulan Felda Global ini adalah untuk bidang pengajian berikut;

1. Kejuruteraan (Engineering)
2. Bioteknologi (Biotechnology)
3. Perakaunan (Accounting)
4. Kewangan (Finance)
5. Teknologi Maklumat (Information Technology)
6. Pemasaran Antarabangsa (International Business and marketing)

Syarat Am

1. Berumur tidak melebihi 18 tahun.
2. Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
3. Jawatankuasa Pemilihan Kumpulan Felda Global berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
4. Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
5. Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bila mana perlu.
6. Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Kelayakan Memohon

Kejuruteraan dan Bioteknologi
– Keputusan SPM dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/Kimia/Biologi dan mana-mana matapelajaran berkaitan dengan Kejuruteraan dan Bioteknologi.

Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa
– Keputusan SPM dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Perakaunan, Sains dan Sejarah/Geografi.

Cara Memohon

a. Permohonan (scholarship application) perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web >>> Sistem Permohonan Biasiswa Kumpulan Felda.
b. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
c. Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.

Temuduga

a. Borang permohonan yang lengkap diisi dan telah dihantar secara atas talian perlu dicetak dan dibawa bersama dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan seperti sekeping gambar berukuran pasport, kad pengenalan, slip SPM , sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil-sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa dan slip gaji ibu dan bapa semasa menghadiri sesi temuduga.
b. Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
c. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.

Maklumat

* Sila rujuk laman web Felda Holdings untuk mendapatkan lebih maklumat.
* Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi
       
Ketua Pengambilan dan Perhubungan Universiti
Bahagian Sumber Manusia Kumpulan,
Kumpulan Felda Global,
Tingkat 9, Balai Felda,
Jalan Gurney 1,
54000 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-2693 4241
Faks: 03-2698 2677
Emel : recruitment.feldaholdings@felda.net.my

Looking for more scholarship? Visit our FREE Scholarship Search Page