Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM 2016

Kepada calon yang berminat dan layak permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) 2012 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 17 February 2016. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).


Kementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan Kursus Perguruan

Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.

Cara-cara untuk memohon KPLSPM 2016

* Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2016. (hanya dibuka mulai 17 February 2016)
* Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai  17 February 2016.
* Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
* Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
* Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
* Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup

Tarikh Tutup Permohonan: 8 Mac 2016
Semakan Panggilan Temuduga UKCG 2015: 23 hingga 29 Mac 2016
Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2016: 30 Mac hingga 3 April 2016
Semakan Keputusan Maktab Perguruan 2016: Mei 2016

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:

    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
    ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
    KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62604 PUTRAJAYA
    (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
    Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/  1242/ 1245

    URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    Cawangan Sabah
    d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
    Peti Surat 10491
    88805 Kota Kinabalu,
    Sabah
    Telefon : 088 236804

    URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
    Cawangan Sarawak
    Jalan College
    93259 Kuching,
    Sarawak
    Telefon : 082 258045

Senarai IPG di seluruh negara:-

Untuk maklumat terperinci dan bantuan untuk permohonan kursus perguruan lepasan SPM KPLSM 2016 sila berhubung terus dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.