Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi 2012

Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi (AIKPT) merupakan satu program signature KPT semenjak Tahun 2009.

Objektif AIKPTadalah untuk:

1. Memberi pengiktirafan kepada projek/hasil inovasi yang diperkenalkan oleh Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPT/Institusi Pengajian Tinggi;
2. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan;
3. Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah agensi lain; dan
4. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Sehubungan itu, sukacita Kementerian ingin mempelawa semua Bahagian, Jabatan, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik dan Kolej Komuniti untuk mencalonkan projek/hasil inovasi yang boleh mengangkat nama institusi/agensi masing-masing ke satu tahap yang lebih tinggi.

AIKPT 2012 pada tahun ini merangkumi empat (4) kategori yang akan dipertandingkan iaitu:

1. Kategori Ibu Pejabat KPT, Jabatan dan Agensi di bawah KPT (maksimum tiga penyertaan);
2. Kategori IPTA (maksimum tiga penyertaan bagi setiap IPTA);
3. Kategori Politeknik (maksimum tiga penyertaan bagi setiap Politeknik); dan
4. Kategori Kolej Komuniti (maksimum tiga penyertaan bagi setiap Kolej Komuniti);
Cara Permohonan

Agensi yang hendak menyertai AIKPT hendaklah menyempurnakan tindakan - tindakan berikut:

1. Melengkapkan borang permohonan dengan ditandatangani oleh ketua jabatan/ agensi seperti di Lampiran B;
2. Menyediakan laporan inovasi dalam Bahasa Melayu yang mengandungi perkara-perkara berikut:
i. Maklumat ringkas mengenai Jabatan/Agensi/Bahagian/Unit yang memperkenalkan inovasi;
ii. Penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan, objektif, tempoh pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan lokasinya.
iii. Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan.
iv. Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi dilaksanakan; dan
v. Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan mengikut kriteria yang ditetapkan.
3. Mengemukakan borang permohonan bersama-sama laporan inovasi kepada urus setia sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

Muat Turun

Lampiran A : Syarat AIKPT 2012
Lampiran B : Borang Permohonan AIKPT 2012
Lampiran C : Ringkasan Projek AIKPT 2012
Jadual 1 : Skala Pemarkahan AIKPT 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry

JOIN US ON FACEBOOK

POPULAR NEWS THIS WEEK

JOIN THE TEAM!

Follow Us on Twitter