Google

RM5 juta biayai pelajar hafaz al-Quran


Kepada pelajar yang belum mahir hafaz al-Quran, kerajaan kini akan memperuntukkan jumlah wang yang cukup besar untuk membantu anda. Jumlah peruntukan yang cukup banyak ini diharapkan supaya digunakan sebaik mungkin untuk membantu serta membiayai programprogram pelajar hfaz al-Quran.

Kerajaan memperuntukkan RM5 juta bagi melaksanakan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) yang membuka peluang kepada golongan hafal al-Quran melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah itu dijangka mampu menaja 200 pelajar tahun ini.

"Dana yang diperuntukkan bagi SPH ini adalah keprihatinan kerajaan untuk golongan hafiz di negara ini melanjutkan pengajian di peringkat ijazah, diploma lanjutan, sarjana dan doktor falsafah," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Darul Quran (DQ) di Kuala Kubu Baru, dekat sini hari ini.
Mengulas perkara berbeza, Jamil Khir berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menaik taraf DQ kepada kolej universiti.

"Jakim komited untuk menaik taraf DQ menjadi kolej universiti awam tetapi dengan hasrat segala perkembangan dan pentadbiran DQ masih di bawah bidang kuasa Jakim," katanya.

Pada konvokesyen itu, 494 pelajar menerima sijil dan diploma masing-masing. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join Today Free Scholarship Newsletter

Join Today  Free Scholarship Newsletter

Disclaimer

Some of the pictures, videos and articles on Pendidikanmalaysia.com are the property of their respective owners. Pendidikanmalaysia.com do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from Pendidikanmalaysia.com contents that is in violation of copyright law, please email me at gokudat [at] gmail.com. Based on your request, Pendidikanmalaysia.com will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification OR Pendidikanmalaysia.com can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.

PEMINAT PENDIDIKANMALAYSIA.COM

Click ‘Like’ untuk berita pendidikan dan biasiswa terkini. Terima Kasih

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets