Rujuk MQA untuk Akreditasi Kursus

Baru-baru ini banyak isu timbul berikutan pertumbuhan kolej-kolej swasta seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh negara.

Saban hari ada sahaja kolej swasta baru muncul yang menawarkan pelbagai kursus sama ada di peringkat Dipolma, degree, master dan sebagainya.

Jika anda masih tercari-cari tempat untuk melanjutkan pelajaran ada baiknya anda membuat penyelidikan yang teliti sebelum mengambil keputusan melanjutkan pelajaran di mana-mana kolej.

Ini kerana keputusan anda hari ini akan memberikan kesan yang besar kepada anda di kemudian hari sama ada dari segi masa yang dihabiskan dan juga kewangan.

Rujuk MQA untuk memilih kursus.

Perkara terpenting yang anda harus buat ialah memastikan (confirm) sama ada kursus itu ada diberikan pengiktirafan oleh MQA atau tidak. Ini sangat penting. Kita tidak mahu selepas anda habiskan masa dan wang yang banyak kursus yang anda ambil tidak pula mendapat pengiktirafan MQA

Berikut ialah petikan cadangan dari MQA sendiri;

MQA chief executive officer Datuk Dr Syed Ahmad Hussein said the agency provides accreditation on all the education institutions in Malaysia as well as their programmes and courses and the information can be found at MQR.

This was in response to a report that highlighted a local private educational institution which was allegedly offering degree certificates for a fee and collaborating with three foreign universities – charging up to RM6,500 for a degree, RM8,500 for a master’s degree and RM10,500 for a PhD and an additional RM1,000 for convocation fees.

The institution has shut down its office in Subang Jaya after exposed.

Syed Ahmad also advised students to stay away from local educational institutions that only offer online or distance learning courses. The MQA only recognises those that offer both conventional and online courses.

Anda boleh melawat laman web rasmi MQA untuk membuat penyelidikan kursus-kursus dan institusi pendidikan yang mendapat pengiktirafan MQA

Malaysian Qualification Agency (MQA) website