Semakan Keputusan Permohonan Politeknik 2013 Online Untuk IPTA/Politeknik Premier Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2012/2013

Ramai yang ada menghantar email kepada kami bertanyakan  mengenai cara untuk membuat semakan keputusan permohonan Politeknik 2013 secara online.

Jika dibandingkan dengan situasi dahulu kini semuanya sudah menjadi amat senang dan mudah. Jika dahulu untuk memohon menyambung pengajian ke peringkat Politeknik atau Matrikulasi pelajar terpaksa mendapatkan borang, melengkapkan borang dan mengirimkan permohonan yang telah lengkap diisi melalui pejabat pos.

Tetapi kini zaman telah berubah. Kemajuan teknologi maklumat di negara kita telah mempercepatkan dan memudahkan segala urusan tersebut. Untuk membuat permohonan kemasukan ke Politeknik, pelajar hanya perlu mengisi borang secara online.

Begitu juga untuk membuat semakan keputusan permohonan Politeknik pelajar hanya perlu membuat semakan secara online tanpa perlu bersusah-susah atau membuang masa menungu juruhantar surat dari Pejabat Pos datang ke rumah anda.
Saya pernah satu ketika hampir terlepas peluang untuk menyambung pelajaran kerana kelewatan surat tawaran kemasukan ke IPTA sampai ke rumah. Keadaan ini sudah tentu amatlah menyusahkan dan besar kemugkinan anda akan terlepas peluang yang ditawarkan.

Kini untuk membuat semakan keputusan permohonan Politeknik 2013 prosesnya amat mudah iaitu anda hanya perlu melawat laman sesawang Kementerian Pengajian Tinggai di Semakan Permohonan Politeknik 2013.

Untuk maklumat lanjut rujuk Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.