Rabu, 5 Disember 2018

Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2019 Online - Bank Rakyat Study Loan Apply Online

[UPDATED - 5 Dec 2018] Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat dan Pinjaman Pelajaran / Pendidikan Bank Rakyat. Cara buat Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat online 2019. Kepada para pelajar yang masih tercari-cari biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran, Bank Rakyat juga ada menyediakan program pembiayaan pendidikan. Yayasan Bank Rakyat ada menyediakan Pinjaman Pendidikan (loan for students) Boleh Ubah (Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah - PPBU) dan pemohon yang berminat boleh menghantar permohonan  mereka melalui Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat online untuk ijazah dan lepasan matrikulasi di webportal Yayasan Bank Rakyat Malaysia.
Pinjaman Pelajaran 2019 Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) - Biasiswa Bank Rakyat PPBU ini adalah terbuka kepada pelajar untuk mengikuti program pengajian peringkat sijil, Diploma, Degree, Professional, Master Degree dan PHD.

PPBU terbuka kepada pelajar yang memerlukan, telah mendapat tawaran untuk belajar dan sedang mengikuti pengajian tahun pertama di universiti atau kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Private Education Department dan Malaysian Qualification Agency (MQA).

READ ALSO: Biasiswa CIMB Bank

Untuk membuat permohonan sila baca dengan teliti cara-cara membuat permohonan melalui borang permohonan biasiswa bank rakyat Online untuk ijazah dan lepasan matrikulasi di bawah:

1. Permohonan terbuka kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS (university and colleges in Malaysia) yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun ke bawah.
2. Sila membuat pendaftaran akaun portal YBR sebelum membuat permohonan PPBU dengan mengklik butang “Pendaftaran Ahli”.
3. Isikan maklumat pelajar yang diperlukan sehingga selesai dan tekan butang “Hantar”.
4. Sebaik sahaja menekan butang “Hantar”, sila semak e-mel anda untuk mendapatkan KATA PENGGUNA dan KATA LALUAN.
5. Seterusnya, sila klik pautan yang diberikan di dalam e-mel yang sama bagi tujuan pengaktifan akaun.
6. Masukkan kata pengguna dan kata laluan di ruang yang telah disediakan dan klik butang “Masuk”.
7. Sebaik sahaja “Log in”, sekiranya anda ingin menukar emel atau kata laluan sila klik “Profil Pelajar” untuk kemaskini maklumat.
8. Sila klik butang “E-Borang” untuk membuat permohonan PPBU.
9. Isikan segala maklumat yang diperlukan sebelum menekan butang “Hantar”.
10. Anda akan menerima e-mel yang mengandungi maklumat yang telah anda berikan dan ia boleh dicetak sebagai salinan simpanan peribadi anda.
11. Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik "Lupa Kata Laluan".
12. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik "Hantar" selepas melengkapkan ruang maklumat.
13. Sila semak e-mel anda bagi mendapatkan kata laluan yang baru.
14. Segala perkembangan dari semasa ke semasa akan diberitahu melalui emel anda.


READ ALSO: Biasiswa Maybank

Cara Memohon Yayasan Bank Rakyat - PPBU

Pelajar yang berminat boleh menghantar permohonan untuk Pinjaman Pelajaran / Pendidikan Bank Rakyat di Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat Online

Sila ikut langkah bergambar seperti di bawah:


Program Bantuan Awal Pengajian (BAP) - Yayasan Bank Rakyat (YBR)

Tawaran Bantuan Awal Pengajian (BAP) yang ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat ini adalah satu program membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke institut pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Bantuan ini berbentuk "ONE OFF" iaitu hanya diberikan sekali sahaja kepada yang layak dan memerlukan. Sudah tentu ada kreteria tertentu yang diperlukan untuk memohon program Bantuan Awal Pengajian (BAP) Yayasan Bank Rakyat ini.

Pemohon mestilah memenuhi kreteria/syarat kelayakan memohon BAP seperti dibawah:
  • Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  • Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
  • Pemohon merupakan pelajar semester pertama
  • Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.
Untuk memohon bantuan ini sila layari >>> Permohonan Bantuan Awal Pengajian

Contact

Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat Tingkat 08, Menara Berkembar Bank Rakyat
No.33,Jalan Travers, 50470, Kuala Lumpur Malaysia
Phone: +6 03-2612 9600
Fax: +6 03-2612 9555

Bantuan Zakat Bank Rakyat

Bantuan Zakat Bank Rakyat ini bertujuan untuk memudahkan pembayaran dan penyaluran derma/zakat melalui Bank Rakyat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Bank Rakyat anda boleh melayari portal Zakat Bank Rakyat.

Ini adalah antara kemudahan yang disediakan oleh Bank Rakyat.

Diharapkan makumat mengenai permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat (PPBU) ini bermanfaat kepada anda. Sila share maklumat penting ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.