Jumaat, 12 April 2013

Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak Online

Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak Online. Mungkin ada di antara anda yang menghadapi masalah transkrip akademik Program Matrikulasi hilang atau rosak. Jika ini berlaku anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh memohon salinan yang baru daripada Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Anda boleh mengemukakan Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak dengan mengisi borang Online yang disediakan. Anda dinasihatkan membaca dengan teliti maklumat di bawah sebagai panduan anda sebelum mengemukakan permohonan salinan transkrip akademik program matrikulasi yang hilang atau rosak

Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak Online

Terdapat berberapa syarat-syarat penting yang perlu dipatuhi oleh pelajar untuk memohon salinan transkrip akademik program matrikulai yang hilang atau rosak secara online. Berikut adalah antara syarat yang perlu dipatuhi.

Syarat-syarat Memohon Salinan Transkrip Matrikulasi Yang Hilang


Terdapat tiga (3) syarat yang perlu dipatuhi untuk permohonan salinan transkrip akademik program matrikulasi yang hilang atau rosak. Antaranya ialah seperti yang berikut:

1. Permohonan untuk mendapatkan salinan transkrip akademik akan dipertimbangkan berdasarkan sebab-sebab munasabah seperti kehilangan dan kerosakan transkrip.

2. Permohonan mendapatkan salinan transkrip akademik hanya boleh dibuat oleh pemohon yang terdiri daripada bekas pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja. Wakil kepada pelajar adalah tidak dibenarkan.

3. Setiap permohonan salinan transkrip akademik akan diselesaikan dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan surat / borang permohonan pelajar.

Cara Dan Proses Permohonan Salinan Transkrip Matrikulasi


Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon untuk mengemukakan permohonan salinan transkrip akademik program matrikulasi yang hilang atau rosak.
a. Salinan Laporan Polis (jika hilang)
b. Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang disahkan oleh pegawai kerajaan kategori A).
c. Salinan transkrip (jika permohonan melibatkan transkrip asal yang rosak atau permohonan salinan terjemahan transkrip)
d. Surat rasmi yang mengandungi maklumat berikut:
  • Nama Penuh
  • No. Matrik Pelajar
  • No. Kad Pengenalan
  • Sesi Pengajian
  • Nama Kolej
  • Kursus
  • Jurusan
  • Alamat Surat-Menyurat

Proses Penyerahan Salinan Transkrip Kepada Pemohon


1. Dalam keadaan biasa, salinan transkrip akan diposkan ke alamat surat menyurat seperti yang dinyatakan dalam surat / borang permohonan.

2. Jika salinan transkrip hendak diambil sendiri oleh pemohon (bekas pelajar), kad pengenalan hendaklah diserahkan untuk pemeriksaan bagi pengesahan identiti pemohon oleh pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas.

3. Jika salinan transkrip hendak diambil oleh wakil pemohon, surat kebenaran mewakili pemohon perlu disediakan oleh pemohon dengan ditandatangani  pemohon beserta salinan kad pengenalan wakil yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kategori A. Wakil pemohon juga perlu menyerahkan kad pengenalan untuk pemeriksaan identiti oleh pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas.

Pengarah,
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Berkuatkuasa: Mulai 16 Januari 2012 sehingga sekarang.

Untuk membuat permohonan download Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak Online.

Sila layari Permohonan Salinan Sijil SPM yang hilang atau rosak.

5 ulasan:

  1. I WANT TO DOWNLOAD Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak Online.BUT ERROR. CAN I HAVE IT BY MY EMAIL afifahkadir@gmail.com. THANK YOU.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba anda download borang ini untuk memohon salinan transcrip akademik program matrikulasi anda https://www.moe.gov.my/index.php/my/sumber/muat-turun/borang?task=callelement&format=raw&item_id=388&element=f85c494b-2b32-4109-b8c1-083cca2b7db6&method=download&args[0]=aa17ed28dda7ec4c7cf903647bb92159

      Padam
    2. Atau layari Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Matrikulasi KPM https://www.moe.gov.my/index.php/my/sumber/muat-turun/borang/item/borang-permohonan-salinan-transkrip-akademik-program-matrikulasi-kpm

      Padam
  2. Balasan
    1. Anda akan dapat salinan transkrip akademik program matrikulasi anda

      Padam

NOTE: Adakah anda rasa informasi ini bermanfaat? Jika YA mohon share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Sila komen secara berhemah. Terima Kasih