Permohonan Kemasukan INSTEP Petronas Online - Kursus Latihan Juruteknik Minyak & Gas

[UPDATED: Mac 2019] Permohonan kemasukan INSTEP Petronas online kini telah dibuka sekarang. Pelajar yang berminat dan layak digalakkan menghantar permohonan kemasukan INSTEP Petronas online. Petronas mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai program latihan di dalam bidang teknologi petroleum yang dijalankan di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu.
Industri minyak dan gas terus mengalami perkembangan yang pesat di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya memerlukan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan mahir di dalam bidang operasi dan penyelenggaraan. Pelajar yang berminat dalam bidang ini digalakkan merebut peluang ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan INSTEP Petronas online sila baca maklumat lengkap yang ada di bawah:

Program

Terdapat 3 kategori program yang ditawarkan oleh INSTEP kepada pelajar yang berminat untuk memasuki pusat latihan di institut tersebut. Di bawah adalah senarai dan keterangan program yang ditawarkan.
Syarat Memohon

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

a. Warganegara Malaysia.
b. Memiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
c. Diploma Kejuruteraan yang berkaitan/ sesuai dengan program ini antaranya adalah Mekanikal, Kimia, Instrumentasi, Elektrikal, Elektronik, Mekatronik, Proses atau yang setaraf
d. Berumur tidak melebihi 30 tahun
e. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.

* Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai keputusan SPM yang baik.

Cara Memohon

Untuk memohon kemasukan ke INSTEP di bawah adalah sedikit panduan untuk anda. Walau bagaimanapun sebelum memohon anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak institut tersebut untuk maklumat lebih terperinci dan tepat.

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Permohonan Kemasukan INSTEP Petronas online.
2. Setiap permohonan dikenakan yuran proses (tidak dikembalikan) sebanyak RM10.00 dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD” melalui CIMB Bank Berhad – No. Akaun: 13020021371054.
3. Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
4. Anda dinasihatkan untuk menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran sebelum membuat permohonan secara online.
5. Pemohon perlu memilih menu Pendaftaran Baru yang terdapat di bahagian kiri laman web untuk pertama kali membuat permohonan.
6. Pemohon wajib melengkapkan kesemua maklumat di ruangan yang berkaitan.
7. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki, sekiranya maklumat yang diisi tidak lengkap, pemohon tidak boleh ke langkah seterusnya.
8. Permohonan tidak akan diterima selagi butang "Hantar" tidak diklik.
9. Sebarang permohonan pertukaran maklumat tidak akan dipertimbangkan selepas permohonan telah dihantar. Anda dinasihatkan supaya membuat proses kemaskini dengan teliti.

Temuduga dan Ujian Bertulis

1. Keputusan pemilihan bagi mengikuti Sesi Temuduga dan Ujian Bertulis akan dihubungi untuk temuduga.
2. Hanya pemohon yang berjaya disenarai-pendek akan dihubungi.
3. Keputusan pemilihan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:

Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (T4P3003)
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu
Tel: 09-668 6134/6135/6150 (Ahad – Khamis, 9 pagi – 4 petang)
Faks: 09-668 6130
E-mel: instep@petronas.com.my

Semoga perkongsian maklumat mengenai permohonan kemasukan INSTEP Petronas ini bermanfaat kepada anda. 
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

16 ulasan:

  1. Bila tarikh pendaftaran bagi tahun ni dibuka?

    BalasPadam
  2. adakah pelajar dalam bidang perniagaan boleh memohon masuk ke instep ktc ?

    BalasPadam
  3. Saya lepasan SPM ingin memohon belajar jurusan eletrikal di Instep....borang untuk memohon tu perlu ambil di mana....*area kemaman*

    BalasPadam
  4. Lepasan kejuruteraan awam boleh mohon ke?

    BalasPadam
  5. Saya lepasan spm ingin memohon belajar jurusan elektrikal di instep..borng permohonan ambil kat mana??...*Beaufort*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk tahun 2020 bilakah tarikh boleh memohon INSTEP

      Padam
  6. Kursus pemasangan paip minyak dan gas niii... Sesuai ke untuk Instep petronas walaupun sijil kemahiran asas sahaja???

    BalasPadam
  7. assalamualaikum..dari sem akhir dari politeknik diploma proses petro kimia adakah diterima sekiranya memohon?

    BalasPadam
  8. Bagaimana pula dengan keluaran electrical chargeman adakah diterima sekiranya memohon?INSTEP.

    BalasPadam
  9. Adakah program kimpalan diterima sekiranya memohon? Jawapan dari Pihak Tuan/Puan amat kami hargai terima kasih

    BalasPadam
  10. Salam sejahtera, bagi program diploma teknologi pembinaan layak atau tidak memohon masuk berlajar di institusi yang ditawarkan ini?

    BalasPadam
  11. klau dari pljr teknologi oil n gas dri ump blh kh msuk instep

    BalasPadam
  12. Ank sy baru lpasan spm dn mpunyai result yg baik...minat dlm bidang perkapalan ..adakh ia layak masuk instep ini?

    BalasPadam
  13. Pelajar dari vokasional blh kh masuk instep

    BalasPadam

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.