Permohonan Kemasukan INSTEP Petronas Online – Kursus Latihan Juruteknik Minyak & Gas

Permohonan kemasukan INSTEP Petronas online kini telah dibuka sekarang. Pelajar yang berminat dan layak digalakkan menghantar permohonan kemasukan INSTEP Petronas online.

Petronas mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai program latihan di dalam bidang teknologi petroleum yang dijalankan di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kuala Terengganu.

Industri minyak dan gas terus mengalami perkembangan yang pesat di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

READ: Permohonan Biasiswa PETRONAS

Ianya memerlukan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan mahir di dalam bidang operasi dan penyelenggaraan.

Pelajar yang berminat dalam bidang ini digalakkan merebut peluang ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan INSTEP Petronas online sila baca maklumat lengkap yang ada di bawah:

Program

Terdapat 3 kategori program yang ditawarkan oleh INSTEP kepada pelajar yang berminat untuk memasuki pusat latihan di institut tersebut.

Di bawah adalah senarai dan keterangan program yang ditawarkan di institut tersebut.

Syarat Memohon

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

a. Warganegara Malaysia.
b. Memiliki Diploma Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
c. Diploma Kejuruteraan yang berkaitan/ sesuai dengan program ini antaranya adalah Mekanikal, Kimia, Instrumentasi, Elektrikal, Elektronik, Mekatronik, Proses atau yang setaraf
d. Berumur tidak melebihi 30 tahun
e. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.

* Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai keputusan SPM yang baik.

Cara Memohon

Untuk memohon kemasukan ke INSTEP di bawah adalah sedikit panduan untuk anda.

Walau bagaimanapun sebelum memohon anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak institut tersebut untuk maklumat lebih terperinci dan tepat.

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Permohonan Kemasukan INSTEP Petronas online.
  2. Setiap permohonan dikenakan yuran proses (tidak dikembalikan) sebanyak RM10.00 dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD” melalui CIMB Bank Berhad – No. Akaun: 13020021371054.
  3. Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
  4. Anda dinasihatkan untuk menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran sebelum membuat permohonan secara online.
  5. Pemohon perlu memilih menu Pendaftaran Baru yang terdapat di bahagian kiri laman web untuk pertama kali membuat permohonan.
  6. Pemohon wajib melengkapkan kesemua maklumat di ruangan yang berkaitan.
  7. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki, sekiranya maklumat yang diisi tidak lengkap, pemohon tidak boleh ke langkah seterusnya.
  8. Permohonan tidak akan diterima selagi butang “Hantar” tidak diklik.
  9. Sebarang permohonan pertukaran maklumat tidak akan dipertimbangkan selepas permohonan telah dihantar. Anda dinasihatkan supaya membuat proses kemaskini dengan teliti.

Temuduga dan Ujian Bertulis

Pemohon yang telah disenarai pendek (shortlisted) akan melalui sesi temuduga untuk peringkat seterusnya.

Ini juga adalah peringkat yang penting dan anda perlu persediaan secukupnya untuk menghadapinya.

  1. Keputusan pemilihan bagi mengikuti Sesi Temuduga dan Ujian Bertulis akan dihubungi untuk temuduga.
  2. Hanya pemohon yang berjaya disenarai-pendek akan dihubungi.
  3. Keputusan pemilihan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:

Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (T4P3003)
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu
Tel: 09-668 6134/6135/6150 (Ahad – Khamis, 9 pagi – 4 petang)
Faks: 09-668 6130
E-mel: instep@petronas.com.my

Semoga perkongsian maklumat mengenai permohonan kemasukan INSTEP Petronas ini bermanfaat kepada anda.