Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA online. Pelancaran Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar bumiputera dari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTT).Pembayaran Pendahuluan ini diberi selewat-lewatnya 2 minggu selepas borang perjanjian yang lengkap dihantar.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut baca dengan teliti panduan Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA Online di bawah.

Sebenarnya selalin pihak MARA, pihak PTPTN juga ada menyediakan Wang Pendahuluan PTPTN untuk pelajar yang layak sambung pengajian ke IPTA.

Pengenalan

Pinjaman Pendahuluan Pelajaran MARA ini telah ditubuhkan unyuk membantu pelajar-pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan sederhana rendah untuk membiayai perbelanjaan persediaan ke IPTT bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berdaftar dengan MARA.

•  Jumlah pendahuluan adalah sebanyak RM2,000 bagi seorang pelajar. Tertakluk kepada peruntukan dan syarat-syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
•  Pembayaran Pendahuluan ini diberi selewat-lewatnya 2 minggu selepas borang perjanjian yang lengkap dihantar

Cara Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA

1. Anda boleh membuat permohonan secara online, sila layari pautan e-Pendahuluan MARA.

2. Sebelum membuat permohonan, anda mestilah membaca panduan permohonan di Panduan Permohonan e-pendahuluan MARA

3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan sertakan semua salinan dokumen penting ke pejabat daerah MARA negeri masing-masing.

Syarat Dan Kelayakan Pinjaman Pendahuluan Pelajaran MARA

Sebelum mengemukakan atau menghantar permohonan anda sila baca dengan teliti syarat dan kelayakan untuk memohon pinjaman pelajaran MARA di bawah. Syarat Dan Kelayakan Untuk Mendapatkan Pendahuluan Adalah:

1. Pendapatan kasar bulanan ibubapa/penjaga pelajar hendaklah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan. Walau bagaimanapun bagi ibubapa/penjaga pelajar yang berpendapatan melebihi RM4,000.00 sebulan, pertimbangan boleh diberi tertakluk kepada bilangan tanggungan mengikut garis panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan bagi Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA.
2. Warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera.
3. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
4. Telah ditawarkan mengikut pengajian secara sepenuh masa
5. Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan.
6. Pelajar yang ditawarkan ke pengajian IPTA adalah tidak layak memohon kecuali mereka yang ditawarkan pengajian di peringkat Program Persediaan/Pra-U di bawah Program Pelajar Cemerlang Lepasan SPM.
7. Pendahuluan ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.

SEE ALSO: Syarat Kelayakan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA

Keputusan Permohonan

Keputusan semakan boleh dibuat dilaman sesawang e-pendahuluan MARA selewat-lewat 2 minggu permohonan.

Untuk membuat semakan anda boleh malayari Keputusan Pinjaman Pendahuluan MARA

Sistem Pembayaran Balik Pinjaman Pendahuluan MARA

a. Jadual Bayaran Balik (JBB) akan dikeluarkan secara automatik setahun selepas tamat tajaan
b. Peringatan akan dikeluarkan apabila bayaran tidak mengikut jadual
c. Sila bawa dokumen/maklumat berikut untuk perbincangan dan rayuan:-
i) No. Akaun pelajar
ii) Salinan slip gaji terbaru
iii) Salinan borang J
iv) Senarai tanggung beserta bukti
v) Lain-lain Maklumat


Note: Anda digalakkan untuk merujuk dan melawat portal rasmi Pinjaman Pendahuluan Pelajaran MARA untuk maklumat terkini dan tepat. Jika ada kemusykilan sila berhubung dengan kakitangan MARA untuk bantuan.