Borang Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Hantar permohonan pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA anda untuk mendapatkan pengurangan pembayaran balik pinjaman pelajaran MARA semasa anda belajar.

Anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan borang permohonan pengurangan pinjaman pelajaran MARA online yang mana pautan (link) ada disertakan di sini.

Biasanya pelajar yang mendapat keputusan CGPA yang agak memuaskan adalah layak untuk memohon pengurangan pinjaman pelajaran MARA. Jika permohonan anda diluluskan anda mungkin hanya perlu membayar 1% atau 10% dari jumlah keseluruhan yang telah anda pinjam dari MARA.

Apakah kelayakan untuk memohon pengurangan pinjaman pelajaran MARA

Berikut ialah kelayakan asas untuk skim pengurangan pinjaman pelajaran MARA.

1. Pelajar yang menerima bantuan pinjaman yang ditawarkan pada 01.01.1985 dan ke atas kecuali bagi pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di bawah Skim Pinjaman Terbuka (SPT) mulai 01.01.1998
2. Lulus pengajian di bawah tajaan MARA. Adalah penting untuk pelajar supaya lulus pengajian di bawah tajaan MARA sebelum memohon pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajran MARA.
3. Sudah mendapat Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan transkrip rasmi. Ini bermaksud anda telah menamatkan pengajian anda sepenuhnya.

Bagaimana untuk memohon pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

Berikut adalah cara-cara untuk mengemukakan dan mengisi borang permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA Online.
1. Buka laman sesawang rasmi eConversion di sini Borang Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA.
2. Rujuk (i) Syarat permohonan pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA dan (ii) Panduan mengisi Borang Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA.
3. Masukkan nombor Kad Pengenalan (IC) dan No akaun MARA
4. Klik butang “Hantar”
5. Isi semua maklumat peribadi dan jangan lupa tandakan butang ’check box’ di ruangan Perakuan Pemohon
6. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan
7. Tekan butang ‘Cetak’
8. Borang permohonan eConversion 9Borang Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online) perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut:
a. Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang berkaitan)
b. Transkrip rasmi
9. Semua dokumen (seperti yang dinyatakan di item No.8 di atas) dikemukakan hendaklah disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/Penghulu/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan. Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
10. Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh 30 hari ke alamat berikut:

Unit Conversion
Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

Anda dinasihatkan untuk membaca panduan permohonan pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA sebelum mengisi borang permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA online.