Syarat Kelayakan Pinjaman Pendidikan Mara Untuk Panduan Pelajar


Berikut adalah syarat kelayakan Pinjaman Pendidikan Mara untuk panduan pelajar yang berniat dan berminat untuk memohon Pinjaman Pendidikan Mara.

Pelajar yang ingin memohon digalakkan membaca syarat dan kelayakan minimum permohonan Pinjaman Pendidikan Mara sebelum anda mengemukakan permohonan anda.

Anda boleh mengemukakan permohonan Pinjaman Pendidikan Mara melalui aplikasi online di Permohonan Pinjaman Pendidikan Mara Online.

Syarat permohonan pinjaman pendidikan Mara untuk panduan pelajar

Apakah Syarat Am Untuk Permohonan Pinjaman Pendidikan Mara

Berikut ialah syarat-syarat am yang diperlukan.

SYARAT-SYARAT AM

1. Mesti Bumiputera warganegara Malaysia.
2. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana badan penganjur atas sebabsebab
tindakan disiplin.
3. Tidak pernah dianjur oleh mana-mana badan penganjur lain diperingkat pengajian yang sama.
4. Mendapat pelepasan kontrak jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
5. Mendapat penggantungan atau pelepasan jawatan atau kebenaran bertulis dari majikan bagi calon yang
sedang dalam perkhidmatan.
6. Diperakui sihat dan normal oleh panel doktor yang bertauliah.
7. Mesti lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV.
8. Tidak pernah diberhentikan pengajian atas sebab GAGAL bagi pengajian terdahulu. (Penalti satu semester dan permohonan pinjaman hanya akan dipertimbangkan pada semester kedua)

Syarat am permohonan pinjaman pendidikan Mara untuk panduan pelajar

READ ALSO: Syarat Kelayakan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA Yang Anda Perlu Tahu

Apakah Syarat-syarat Kelayakan Pendapatan Ibubapa Pemohon?

Berikut ialah syarat kelayakan pendapatan ibubapa pemohon. Ibubapa pemohon yang mempunyai pendapatan yang melebihi seperti yang dinyatakan di bawah adalah tidak layak.

SYARAT KELAYAKAN PENDAPATAN

PENDAPATAN BERCUKAI IBU DAN BAPA (TAHUNAN) JENIS BANTUAN
RM80,001.00 Tidak Layak

* Nota: Bantuan sebahagian* bermaksud elaun sara hidup bulanan tidak termasuk dalam bantuan pinjaman yang diberi.

READ ALSO: Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Syarat Kelayakan Akademik Permohonan Pinjaman Pendidikan Mara

Syarat ini adalah yang terperpenting. Anda perlulah ada kelayakan akademik minimum seperti yang dinyatakan di bawah.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. Syarat kelayakan akademik pinjaman pelajaran MARA adalah sebagai panduan bagi anda yang ingin memohon
pinjaman pelajaran MARA setelah ditawarkan tempat pengajian di Kolej Poly - Tech MARA.
2. Kelayakan akademik untuk memohon pinjaman pelajaran MARA bagi yang menggunakan Sijil / Pra-Diploma /
Diploma (yang diiktiraf oleh kerajaan) ialah mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.00 ke atas.
3. Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan boleh memohon kemudian
menggunakan keputusan peperiksaan semester atau tahun (mengikut struktur program) dengan mendapat CGPA 2.00 dan ke atas atau yang sama nilai dengannya.
4. Bagi permohonan pinjaman yang menggunakan kelayakan selain dari SPM seperti contoh menggunakan sijil / diploma atau lain-lain kelayakan yang dibenarkan oleh MARA perlu juga mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV. Kursus (Kod Kursus) Syarat Kelayakan Akademik Pinjaman Pelajaran MARA Sijil Sains Komputer KPTM (SSK1)

Pinjaman tidak disediakan bagi kursus ini, walaubagaimanapun pelajar yang lulus dan tamat kursus ini, dan ingin menyambung pengajian peringkat diploma boleh memohon pinjaman MARA dengan menggunakan keputusan sijil tersebut (CGPA 2 dan keatas) serta kredit dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV.
a. Matrikulasi The Institute of Chartered Secretaries and Administrators – ICSA (MT01)
b. The Institute of Chartered Secretaries and Administrators – ICSA (FN01)
Lulus SPM dengan mendapat 3 kepujian termasuk :
Kepujian Bahasa Inggeris, Matematik dan 1 subjek lain
Matrikulasi ICSA dari kolej-kolej yang diiktiraf
atau
STPM dengan 2 Prinsipal serta 3 kredit peringkat SPM/ GCSE/ GCE
Ordinary Level termasuk kredit dalam Bahasa Inggeris.
Kursus (Kod Kursus) Syarat Kelayakan Akademik Pinjaman Pelajaran MARA
• Program-program Diploma Kolej

READ ALSO: JPA-MARA Special Scholarships Program

Poly-Tech MARA (CS110,AC110,
UPM1, DBIT-COV1, DCS-COV2,
CSM1, BM111, EC110, EE111,
DAC213, DBM223, DIM , DSRKBP,
DSRKAS, DTMAS & DTMBP
Lulus SPM dengan mendapat 5 kepujian termasuk :
Kepujian Matematik Kepujian 4 subjek lain (tidak termasuk Bahasa Inggeris)
dan Lulus Bahasa Inggeris

• ACCA Certified Accounting Tech
(PP02)
Lulus SPM dengan lima (5) Kepujian termasuk:
• Kepujian Bahasa Malaysia
• Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
• Kepujian tiga (3) subjek lain
Dan
Lulus Bahasa Inggeris
Atau
Sijil IPMa/Sijil Politeknik/KBM/ILP/ Sijil yang setaraf dan kredit subjek
Bahasa Malaysia dalam SPM.
KPTM - ACCA

Profesional Accountancy
Association of Chartered Certified
Accountants- ACCA (PP03)
Lulus SPM dengan mendapat 3 kepujian termasuk :
Kepujian Matematik
Kepujian Bahasa Inggeris
1 subjek lain
Dan
Lulus STPM/ A-Level dengan 2 Prinsipal/ Diploma LCCI/ Diploma
Perakaunan yang diiktiraf/ Ijazah Pertama yang diiktiraf dalam bidang
yang berkaitan.

KPTM - MMU
Foundation in Management
(UP01)
Lulus SPM dengan mendapat 6 kepujian termasuk :
Kepujian Matematik
Kepujian Sains/ Perdagangan/Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas
4 subjek lain (tidak termasuk Bahasa Inggeris)
dan
Lulus Bahasa Inggeris

KPTM - MMU
Foundation Information Technology
(UP02)
Lulus SPM dengan mendapat 6 kepujian termasuk :
Kepujian Matematik
Kepujian Matematik Tambahan/ Sains/ Fizik/Biologi/ Kimia/ Sains
Tambahan
4 subjek lain (tidak termasuk Bahasa Inggeris)
dan
Lulus Bahasa Inggeris
KPTM - MMU

Bachelor of Information
Technology (Hons) - Information
Systems Engineering (UB02)

Bachelor of Business
Administration (Hons) –
Management with Multimedia
(UB04)

SPM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kredit dalam subjek
Bahasa Melayu
Dan salah satu kelayakan berikut:
STPM dengan mendapat 3 Prinsipal (termasuk Kertas Am) atau
STPM dengan mendapat 2 prinsipal (termasuk Kertas Am) serta 2
Subsid atau

Diploma / HND/ Diploma IPMa dengan memperolehi CGPA 2.00
Kursus (Kod Kursus) Syarat Kelayakan Akademik Pinjaman Pelajaran MARA
KPTM-COVENTRY

Bachelor of Arts (Hons) in Business
Information Technology with
International Business (COV3)
Bachelor of Arts (Hons) in Business
Information Technology with
Accounting (COV4)

Bachelor of Science (Hons) in
Computer Science (COV5)
SPM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu
Dan salah satu kelayakan berikut:
STPM dengan mendapat 3 Prinsipal (termasuk Kertas Am) atau
STPM dengan mendapat 2 prinsipal (termasuk Kertas Am) serta 2
Subsid atau
Diploma / HND/ Diploma IPMa dengan memperolehi CGPA 2.00
Nota : Syarat-syarat kelayakan akademik dan pendapatan yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MARA.

** Pelajar yang tidak mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM dicadangkan mengambil semula kertas ini dalam peperiksaan bulan Julai.

Untuk pengetahuan anda, kelayakan minimum yang ada disini tepat pada tarikh ianya ditulis. Walau bagaimanapun mungkin pihak Mara akan membuat perubahan dari masa ke semasa. Ada dinasihatkan supaya menyemak dengan pihak Pinjaman Pendidikan Mara untuk mendapatkan maklumat terkini.

Untuk membuat permohonan Pinjaman Pendidikan Mara sila layari Permohonan Pinjaman Pendidikan Mara Online

8 ulasan:

  1. pointer bawah berapa yang kena tarik balik pinjaman mara?

    BalasPadam
  2. Brpa min cgpa utk apply pinjaman mara di ipts ?

    BalasPadam
  3. Kalau tengah dalam pinjaman ptptn untuk diploma IPTS, boleh tak ya kalau nak tukar kepada pinjaman MARA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena bayar yg ptptn tu bagi habis . baru boleh mohon mara

      Padam
  4. boleyh mohon pinjaman mara untuk ke universiti awam sprti uitm dan sebagainya

    BalasPadam
  5. Sy mndpt twran dlm bidang aviation di icym. Sy difahamkn kursus ini mndpt tajaan drp mara. Soalan saya apa beza antara pinjaman dan tajaan? Dan brapakah pndptan tahunan ibubapa yg melayakkn sy utk mndapat tajaan ini?

    BalasPadam
  6. Kalau masa diploma di ipta pinjaman ptptn ditamatkan atas sebab bukan disiplin seperti pointer rendah satu semester, layak mohon ke tidak pinjaman mara utk sambung degree di ipts?

    BalasPadam
  7. boleh tak kalau nk mohon bantuan sara hidup untuk pinjaman mara? sebab tanggungan ayah ramai. tapi pinjaman xbagi full. bagi yuran je. blh x kalau nk mohon?

    BalasPadam

NOTE: Adakah anda rasa informasi ini bermanfaat? Jika YA mohon share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Sila komen secara berhemah. Terima Kasih