Cara Beli PIN UPU 2014 Di ATM BSN

Pelajar yang akan memohon UPU perlu membeli nombor PIN UPU. Anda boleh datang terus ke mana-mana kaunter Bank BSN yang terdekat dengan anda atau anda boleh membeli PIN UPU 2014/2015 di ATM BSN.

Pihak UPU ada menyediakan cara-cara membeli PIN UPU melalui mesin ATM BSN. Anda boleh print arahan ini dari laman webportal UPU

Anda digalakkan memahami arahan dengan teliti untuk mengelakkan berlaku kesilapan yang merugikan anda.

Sistem membeli PIN UPU melalui mesin ATM BSN ini adalah terbuka kepada pelajar yang mempunya kad ATM BSN.

Cara ini agak mudah dan cepat dan boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Untuk mencetak maklumat atau arahan membeli PIN UPU 2014/2015 anda boleh layari di Beli PIN UPU 2014 Online.