Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun (JAD) - Malaysia Japan Higher Education Program (MJHEP)

Peluang terbaik untuk pelajar Malaysia yang berminat untuk belajar di Jepun dengan bantuan penuh biasiswa dari Projek Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun (JAD)

Yayasan Pelajaran MARA mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan
untuk memohon Projek Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun [JAD]

Syarat Kelayakan
a. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar Bumiputera
b. Berdasarkan Pencapaian minima Keputusan Percubaan SPM 2013 seperti berikut :-
Mendapat 'A' untuk subjek Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pengetahuan Agama Islam/Moral, Sejarah, Lain-lain subjek (berkaitan)
c. Pencapaian minima Keputusan Percubaan SPM 2013 merupakan pra syarat untuk dipanggil temuduga.
d. Penilaian Akademik akan dinilai semula selepas keputusan SPM 2013 diumumkan. Pemohon dikehendaki menghantar semula keputusan sebenar SPM 2013 ke YPM MJHEP setelah ianya diumumkan.

Pakej Biasiswa
a. Projek Biasiswa Kejuruteraan Mekanikal atau Elektrikal & Elektronik selama 5 tahun [3 tahun di Malaysia + 2 tahun di Jepun] tajaan sepenuhnya oleh Yayasan Pelajaran MARA [YPM].

Cara Memohon
a. Pemohon boleh memohon menggunakan keputusan minima Percubaan SPM 2013 secara ‘online’ di laman sesawang (web) berikut: http://www.jadypm.edu.my
b. Permohonan bukan melalui ‘online’ secara automatik akan ditolak.
c. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi :

YAYASAN PELAJARAN MARA [YPM]
Malaysia-Japan Higher Education Program [MJHEP]
No. 19, Jalan TPS1/5
Taman Pelangi Semenyih
43500 Semenyih
SELANGOR
Tel: +603-87234044/1563/2616/2039
Faks: +603-8723 3053
[BAHAGIAN AKADEMIK & HAL EHWAL PELAJAR]
Tarikh Tutup Permohonan
1. Tarikh tutup permohonan adalah pada :
31 Jan 2014
2. Sebarang surat menyurat adalah tidak dilayan selepas tarikh tersebut.
3. Pemohon boleh menyemak status temuduga selepas 7 Feb 2014 di laman sesawang (web) berikut:
http://www.jadypm.edu.my
4. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 3 [tiga] bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Kepada anda yang memohon kami mengucapkan semoga berjaya.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah: