Semakan Kelayakan Kemasukan Universiti Awam Malaysia

Permohonan UPU untuk memasuki universiti awam boleh kelihatan agak rumit tetapi adalah tidak mustahil untuk mendapatkan peluang memasuki universiti awam pilihan anda.

Apa yang perlu dilakukan ialah anda membuat sedikit persedian dan penyelidikan sebelum mengemukakan permohonan anda melalui laman web UPU.

Kini anda boleh mengetahui kelayakan anda dengan menggunakan Sistem Semakan Program UPU yang dipanggil IMASCU (Intelligence Management and Admission System Checking). Sistem ini disediakan oleh pihak UPU untuk pelajar SPM, STPM dan Matrikulasi.

Sistem ini membantu anda untuk membuat semakan kelayakan kemasukan ke universiti awam untuk program-program pengajian yang ditawarkan di universiti seperti Foundation, Diploma dan Ijazah.

Untuk membuat semakan sila layari http://imascu.upu.mohe.gov.my/. Sistem tersebut akan memerlukan maklumat anda seperti Nombor Kad Pengenalan, Nama Anda, Nombor Telefon Bimbit Anda, email dan juga kelayakan akademik anda.