10 Cara Mudah Buat Duit Semasa Belajar di Universiti atau Kolej

10 Tips buat duit poket untuk pelajar di university atau college ini tentu amat berguna kepada para pelajar yang memerlukan duit lebih untuk menampung perbelanjaan harian dan pelajaran mereka. Idea-idea ini boleh membantu pelajar mengatasi masalah kewangan semasa masih belajar ataupun selepas tamat pengajian mereka kelak. Semasa di sekolah rendah atau sekolah menengah ibubapa berikan anak-anak mereka RM3 atau RM5 sehari untuk membeli peralatan sekolah dan makan di kantin sekolah.

Anda kini telah masuk belajar ke peringkat university atau kolej dan mendapat pinjaman pendidikan (study loan) PTPTN atau biasiswa (scholarship) untuk pengajian anda. Pada ketika itu mungkin ibubapa kita tidak lagi akan memberikan wang setiap hari. Walau bagaimanapun jumlah pinjaman atau biasiswa tersebut tidak cukup, percayalah bahawa anda perlukan wang lebih.

Atas kesedaran itu di sini kami memberi tips 10 cara mudah buat duit semasa belajar yang boleh menjadi panduan anda.

Apakah cara termudah buat duit semasa belajar?

tips buat duit semasa belajar di universiti http://www.oliverethaniel.org/2014/05/10-easy-tips-how-to-become-successful.html

1. Perkhidmatan Taxi Pelajar (student cab services) – Kepada mereka yang memiliki kereta ini adalah cara terbaik. Anda boleh memulakan perkhidmatan taxi untuk pelajar lain sama ada dari rumah ke kolej atau dari kolej ke rumah.  Ini tentu sekali satu cara mudah untuk mendapatkan wang lebih dan sesuai kepada mereka yang memiliki kereta.

2. Kedai jual makanan dalam bilik (student simple food store) – Ini mungkin idea yang sedikit extreme tapi saya pernah mengalaminya dimana pelajar yang tinggal dihostel atau rumah sewa selalunya mencari sesuatu untuk dimakan semasa waktu malam dan mereka malas  untuk berjalan ke kedai berhampiran dan juga kerana isu keselamatan. Mereka ini tentu sekali akan menjadi pelanggan terdekat anda. Anda boleh jual roti dan juga minuman 3 in 1 kepada mereka. Anda mungkin hanya perlu  menyediakan cerek untuk memasak air panas untuk memudahkan mereka.

3. Perkhidmatan menyusun dan membersihkan pejabat pensyarah (lecturers) – Pernahkah anda memasuki bilik pensyarah? Sebagai pelajar sudah tentu anda pernah. Bilik mereka biasanya agak bersepah dan tidak kemas, bukan sahaja tidak kelihatan cantik tetapi juga boleh membahayakan.  Pensyarah selalunya sibuk dan tidan mempunyai banyak masa untuk  mengemas  bilik kerja  mereka.  Anda boleh menawarkan perkhidmatan menyusun dan membersihkan bilik kerja mereka untuk mendapatkan duit tambahan.

4. Perkidmatan mencetak dan menaip – Jika anda ada mesin print kecil dan sebuah computer anda sudah boleh mulakan perkhidmatan anda. Apa yang anda perlukan ialah sebuah computer dan mesin printing (printer). Mesin printer yang kecil pada masa kini agak murah. Anda boleh menyediakan perkhidmatan menaip dan mencetak (print) assignment pelajar-pelajar yang lain.

5. Menawarkan perkhidmatan berbentuk kemahiran – kemahiran seperti  membuat greetings cards, gubahan bunga, menjahit, menyulam dan sebagainya boleh anda promote (promosi) dan dijual kepada para kakitangan university dan pelajar lain untuk mendapatkan kewangan tambahan untuk menbiayai kos pembelajaran anda.

6. Perkhidmatan editing dan proofreading – Jika anda agak baik dalam bidang bahasa sama ada bahasa English atau Bahasa Melayu anda boleh memulakan perkhidmatan mengedit dan proofreading assignment, tesis atau resume pelajar-pelajar yang lain.  Bayangkan anda akan memperolehi antara RM0.50 – RM1 untuk setiap muka surat, berapa banyak yang akan anda perolehi nanti? Anda kiralah sendiri.

7. Perkhidmatan membangunkan website atau buat duit online (make money online) – Anda boleh membangunkan website untuk jual barang online  dan anda juga boleh menyediakan perkhidmatan membangunkan website atau menjadi penulis untuk update blog/website orang lain. Tidak sedikit juga pelajar yang buat duit dengan cara trading Forex. Di Malaysia broker Forex Malaysia menjadi pilihan paling popular dikalangan pelajar, terutamanya pelajar kolej dan universiti. Menurut sedikit kajian didapati bahawa budaya membangunkan website menjana duit income sama ada melalui program affiliate atau pun program CPC seperti Adsense, Innity dan Nuffnang semakin popular. Ini menunjukkan masa depan bidang ini di Malaysia sebenarnya baru sahaja bermula dan dikenali ramai.

8. Perkhidmatan kecantikan – Ramai pelajar kolej atau university hendak tampil kelihatan cantik dan menawan. Jika anda mempunyi kemahiran solekan atau kecantikan dan perkidmatan mencantikkan kuku dan rambut anda boleh terus mempromosikan kemahiran tersebut.

9. Direct selling – Anda boleh membeli barangan dengan harga lebih rendah dan menjual dengan harga lebih tinggi. Anda juga boleh menjadi ahli untuk syarikat menjual reload telefon dan juga syarikat-syarikat direct selling yang lain.

10. Recycle – Anda boleh jadikan minat cintakan alam sekitar untuk menjana pendapatan tambahan anda. Mengumpul kertas terpakai  dan tin-tin aluminium boleh dijual di syarikat-syarikat recyle. Saya sendiri pernah melakukannya dan memang agak berbaloi. Anda bukan sahaja telah membantu supaya alam sekitar kita lebih bersih tetapi juga menjana pendapatan tambahan dari  barang-barang terpakai.

Sebenarnya ada banyak cara lain yang anda boleh praktikan dan gunakan untuk buat duit semasa belajar di university atau kolej. Anda hanya perlu rajin dan kreatif mencipta dan mencari peluang-peluang tersebut.