Borang Permohonan Guru Ganti Sekolah Menengah Dan Rendah

Borang permohonan Guru Ganti untuk sekolah menengah dan rendah seluruh negara. Cara mohon jawatan Guru Gantti yang berjaya. Apakah cara memohon guru ganti yang berkesan dan berjaya? Di sini kami cuba memberi anda berberapa teknik atau tips yang terbukti berkesan untuk memohon jawatan guru ganti. Kami banyak menerima e-mail daripada pembaca mengenai isu ini dan tentulah agak sukar menjawab pertanyaan itu satu demi satu, jadi kami cuba jawab secara serentak di sini.
borang permohonan Guru Ganti
Tidak ramai antara anda yang tahu teknik yang baik cara mohon guru ganti yang cepat dan berkesan. Kami telah membuat kajian berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang lain mengenai perkara ini dan anda bolehlah cuba mempraktikan tips cara memohon jawatan guru ganti di bawah.

Sebelum kita bercerita lanjut pastikan anda telah mengambil borang permohonan Guru Ganti dari PPD yang terdekat dengan anda.

Apakah Jawatan Guru Ganti di sekolah menengah atau rendah

Guru Ganti atau Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) selalunya diperlukan untuk mengisi kekosongan sementara guru yang sedang bercuti atas berberapa sebab seperti masalah kesihatan, bersalin, melanjutkan pelajaran (further studies) serta sebab-sebab yang lain yang dibenarkan.

READ ALSO: Borang Permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih GSTT



Mohon Guna Borang Permohonan Guru Ganti

Yang pertama sekali anda pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) anda untuk memohon. Adalah lebih baik jika anda memohon di PPD daerah anda kerana jika permohonan anda berjaya anda akan ditempatkan di daerah anda dan ini tentu sekali akan memudahkan anda kerana berdekatan dengan rumah dan keluarga anda.

Ada antara anda yang tersilap dan pergi memohon di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Ini adalah langkah yang salah kerana jawatan guru ganti sebenarnya diuruskan oleh pihak PPD daerah masing-masing. Jangan pergi memohon di JPN.

READ ALSO: Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Dokumen Diperlukan Untuk Memohon Jawatan Guru Ganti

Selepas anda melengkapkan Borang Permohonan Guru Ganti anda ianya mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen yang dikehendaki. Untuk memohon jawatan guru ganti anda memerlukan dokumen-dokumen berikut:

a. Resume
b. Salinan Kad Pengenalan (KP) anda yang terang/jelas
c. Salinan Surat Beranak
d. Salinan Sijil-sijil atau dokumen yang berkaitan
e. Sekeping (1) gambar passport.

Semua dokumen yang dinyatakan di atas diperlukan semasa mengisi borang permohonan guru ganti yang diberikan oleh pihak PPD. Salinan-salinan dokumen yang dinyatakan di atas juga harus diSAHkan terlebih dahulu.

Jika permohonan anda berjaya, pihak PPD akan menghubungi anda melalui panggilan telefon. Anda digalakkan untuk berhubung dengan mereka dari masa ke semasa untuk menunjukkan anda serius untuk memohon jawatan tersebut.

READ ALSO: Syarat Dan Kelayakan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Kadar Gaji Untuk Guru Ganti

Kadar bayaran untuk jawatan guru ganti biasanya mengikut tahap kelulusan anda. Contohnya jika anda menggunakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) gaji anda ialah RM59.40 sehari.

Manakala gaji untuk kelulusan peringkat Ijazah biasanya RM95.70 sehari.

Tarikh pembayaran gaji biasanya perlu menunggu dalam tempoh dua bulan bergantung kepada kepantasan pihak sekolah menguruskan pembayaran gaji anda. Jika mahu cepat selalulah semak dengan pihak bendahari/kerani sekolah di mana anda ditempatkan untuk bertugas.

Kepada anda yang berhasrat untuk memohon jawatan guru ganti kami mengucapkan semoga berjaya. Semoga perkongsian mengenai Borang Permohonan Guru Ganti dan cara memohon ini bermanfaat.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah: