Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM – PISMP Online

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Jika anda mempunyai keputusan akademik yang cemerlang dan bercita-cita ingin menjadi guru, anda boleh memohon kursus ini. Semua permohonan boleh dibuat secara online melalui portal yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebelum memohon sila rujuk artikel kami yang terdahulu mengenai  Program Persedian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) sebagai rujukan tambahan anda.

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Online - PISMP

Semakan Online Keputusan Permohonan PISMP 

Anda boleh membuat semakan melalui Aplikasi Berkala KPM. Keputusan untukr Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) juga boleh dibuat di portal berkenaan.

READ ALSO: Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM)
Kalendar Aktiviti Permohonan PISMP

Kalendar aktiviti bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019 sebagai rujukan anda. Sila rujuk jadual/kalender proses permohonan PISMP sebagai panduan anda.

Bil
Aktiviti
Tarikh
1
Permohonan secara online dibuka.
19-03-2019
(12:00 PM)
hingga
25-03-2019
2
Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)
25-03-2019
(11:59 PM)
3
Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
02-04-2019
hingga
08-04-2019
4
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
07-04-2019
hingga
10-04-2019
5
Semakan Keputusan Calon Layak dipanggil Temu Duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
16-04-2019
hingga
24-04-2019
6
Temu Duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil   Akademik/Kokurikulum 
22-04-2019
hingga
30-04-2019
7
Semakan tawaran calon berjaya 
27-05-2019
hingga
17-06-2019
8
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru (IPG)
17-06-2019

Alamat Perhubungan Urusan Permohonan PISMP

Jika anda memerlukan maklumat lanjut dan terkini anda boleh berhubung terus dengan pihak pengurusan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA
(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar
dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760
Cara Memohon PISMP

Untuk memohon sila gunakan sistem applikasi online yang disediakan oleh pihak KPM. Memohon melalui sisteam PISMP Online Registration

Maklumat berkaitan sila baca [Borang Permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)] or [Syarat Dan Kelayakan GSTT)]

Semoga perkongsian maklumat mengenai Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini bermanfaat kepada anda.