Teknik Ambil Gambar Guna Handphone Lenovo

Teknik ambil gambar guna handphone Lenovo. Lenovo adalah salah satu telefon pintar  (smartphone) yang mempunyai ramai pengguna di Malaysia selepas smartphone berjenama Samsung.  Ini kerana Lenovo agak murah tetapi mempunyai fungsi yang pelbagai terutama untuk ambil gambar.

Sejak keluarnya iphone fungsi kamera /DSLR semakin kurang popular kepada orang ramai. Kamera DSLR (DSLR camera) tentu sekali masih popular tetapi dalam kalangan pencinta photography tegar sahaja. Pengguna biasa kini lebih selesa menggunakan iphone atau smartphone untuk mengambil gambar.

Mungkin salah satu sebabnya ialah kerana smartphone sentiasa bersama kita sepanjang masa dan gambar yang di ambil boleh terus dikongsikan terus ke laman-lama sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya

Tentu sekali ada sedikit perbezaan kualiti imej yang diambil menggunakan kamera/DSLR  berbanding menggunakan smartphone. Walau bagaimanapun jika anda tahu teknik ambil gambar guna smartphone seperti Lenovo anda masih boleh menghasilkan gambar yang cantik.

Teknik Ambil Gambar Guna Smartphone Lenovo

Untuk perkongsian kali ini kita akan menumpukan perhatian kepada teknik ambil gambar guna smartphone Lenovo. Teknik-teknik di bawah diharap dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mengambil gambar yang cantik guna smartphone Lenovo.

cheap iphone online cheap dslr camera online photo editing software smartphone apps online photography tutorials online smartphone store

1. Lens anda mestilah bersih. Bersihkan lens smartphone anda.

Kebanyakan smartphone tidak mempunya lens cap seperti yang terdapat pada kamera/DSLR. Lens ini akan terdedah kepada kotoran. Untuk mendapatkan gambar yang jelas anda mestilah membersihkan lens smartphone anda menggunakan kain yang bersih. Ini untuk mengelak gambar yang diambil kelihatan kabur atau blur.

2. Jangan guna Zoom

Jika anda mengambil gambar menggunakan smartphone Lenovo elakkan dari menggunakan digital zoom. Gambar yang terhasil kelak akan nampak buruk. Jika anda mahu imej nampak besar lebih  baik anda crop imej tersebut menggunakan photoshop atau mana-mana imej editing tools atau software. Kebanyakan imej editing tools atau software boleh didownload melalui internet.

3. Jangan gunakan Flash

Smartphone anda biasanya ada fungsi Flash. Walau bagaimanapun elakkan menggunakan flash kerana flash dari smartphone tidak membantu anda mendapatkan gambar yang cantik. Seringkali penggunaan flash hanya akan mencacatkan imej.

Mungkin lebih baik guna night mode tetapi anda mestilah berhati-hati semasa menggunakannya kerana night mode akan mengurankan atau menurunkan shutter speed dan gambar mudah kabur atau blur.

4. Gegaran

Smartphone seperti Lenovo tidak mempunyai stabilizer seperti kamera DSLR atau smartphone yang mahal-mahal. Gegaran akan menyebabkan gambar yang anda ambil kelihatan blur akibat gegaran terutama gambar yang diambil waktu malam dimana keadaan yang gelap atau kurang cahaya akan menurunkan shutter speed untuk membenarkan cahaya mencukupi masuk untuk mendaptkan gambar yang tidak “underexpose”

5. Setting

Anda seharusnya mesti memahirkan diri anda menggunakan setting camere dalam smartphone anda. Smartphone Lenovo contonya mempunya setting yang pelbagai yang mana anda boleh gunakan mengikut situasi dan keperluan.

6. Apps

Pada masa kini ada banyak apps yang anda boleh pasang dan tambah pada kamera smartphone anda untuk meningkatkan fungsi dan tahapnya. Ada dinasihatkan untuk install yang diperlukan sahaja mengikut gaya fotografi anda dan keperluan tertentu.

7. Aksesori kamera smartphone

Aksesori tambahan boleh anda pasang untuk meningkat (upgrade) kamera smartphone anda. ada begitu banyak online smartphone store yang menjual berbagai bagai smartphone accessories. Contohnya lens tambahan untuk meningkatkan tahap focal length yang berbeza. Walau bagaimanapun aksesori seumpama itu agak susah dicari buat masa ini.

8. Komposisi

Tahukah anda bahawa komposisi adalah penting dan ianya terus penting dalam bidang fotografi tidak kira anda guna kamera/DSLR atau menggunakan smartphone Lenovo anda. Anda boleh mendapat dan mempelajari teknik-teknik komposisi yang betul melalui online photography tutorials. Salah satu cara lagi ialah mengkaji dan meniru dari gambar orang lain.

9. Jangan edit keterlaluan

Terdapat banyak software mengedit gambar. Gunanya photo editing software ini seperti Snapseed dan Adobe Touch ialah untuk mengedit gambar-gambar yang anda ambil supaya nampak cantik atau menampilkan kesan (effect) tertentu.

Nasihat kami ialah jangan ter’over’ edit sehingga gambar itu menjadi tidak real lagi. Edit setakat keperluan sahaja sudah memadai.

10. Perkongsian gambar.

Ramai antara kita gemar ambil gambar dan kongsikan di laman sosial dan kepada kawan-kawan anda atau jurugambar lain yang lebih mahir. Jika anda ingin berbuat demikian anda boleh tetapi kongsikan gambar terbaik sahaja.

Anda boleh meminta pandangan dan komen daripada kawan-kawan anda. Komen dan pandangan tersebut bolehlah menjadi panduan anda untuk meningkatkan dan memperbaiki kemahiran fotografi anda.

Diharapkan teknik ambil gambar guna smartphone Lenovo ini boleh memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda. Selamat mencuba.