Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2016 Online

Jika anda telah mendaftar untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2016, semakan keputusan SBP Tingkatan 1 untuk sesi persekolahan bermula 2016 boleh dibuat secara online.

Menurut maklumat rasmi dari Ministry of Education (MOE) Malaysia, keputusan ke Tingkatan 1 SBP 2016 akan dikeluarkan dalam masa 27 hari selepas keputusan UPSR 2015 diumumkan.

Berdasarkan maklumat ini keputusan SBP Tingkatan 1 2016 dijangka akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan Disember 2015.

Maklumat rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia

Berikut ialah maklumat rasmi:

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Oleh itu, keputusan SBP 2016 Tingkatan 1 dijangka akan diumumkan keluar pada minggu ketiga Disember 2015.

Bagaimana buat semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2016 Online

Untuk membuat semakan secara online anda boleh melayari website berikut https://sst1.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my pada minggu ke-3 bulan Disember 2015

kepada calon-calon yang ada memohon kami mengucapkan Selamat Maju Jaya!