Semakan Keputusan Muet 2015 Online

Semakan Keputusan Muet 2015 Online. Calon-calon atau pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) sesi November 2015 dijangka boleh mendapatkan keputusan MUET mereka pada minggu pertama Januari 2016.

Walau bagaimanapun tarikh rasminya belum diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan kami akan memaklumkan menerusi website ini dari masa ke semasa sebaik sahaja ianya telah diumumkan kelak.

Anda boleh membuat semakan keputusan MUET anda secara online dan juga melalui Short Messege System (SMS)

Bagaimana untuk membuat semakan keputusan MUET secara online

Untuk membuat semakan anda boleh melayari laman web rasmi MPM http://www.mpm.edu.my/

Bagaimana membuat semakan secara SMS

Sila gunakan panduan di bawah untuk semakan keputusan secara SMS

Taip MUET<jarak>RESULT<jarak>No IC dan hantar ke 15888