Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Diteruskan

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | Selaras dengan perutusan khas, pengubahsuaian bajet 2016 oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2016, berikut adalah perkara-perkara yang diputuskan berkaitan isu penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam :-

Baca maklumat lanjut biasiswa >> DI SINI

Permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam JPA secara online

a. Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia;
b. Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis;
c. Program Lepasan Bursary diteruskan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di dalam negara; dan
d. Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.

Untuk makluman, penajaan untuk pelajar tertanggung diteruskan seperti biasa.

Artikel berkaitan:-

Jika anda berminat dan layak untuk memohon layari >>> Permohonan Biasiswa JPA Online

Kepada para pelajar yang ada memohon biasiswa ini kami mengucapkan semoga berjaya. Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sila berhubung terus dengan pihak JPA.