Permohonan Diploma Kejururawatan Di USM 2016

Permohonan Diploma Kejururawatan (Diploma in Nursing) di USM untuk sesi pengajian 2016-2017. Pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus dalam bidang Diploma Kejururawatan (Diploma in Nursing) di USM boleh membuat permohonan secara online. Sila rujuk maklumat ringkas mengenai  permohonan secara online ke USM.

Untuk program Diploma Kejururawatan di USM 2016 permohonan akan dibuka bermua 25 February 2016 hingga 4 April 2016.

Di bawah adalah antara maklumat-maklumat penting tentang kemasukan ke Diploma Kejururawatan USM 2016.

Sebelum itu anda digalakkan membaca Panduan Kerjaya Lepasan SPM untuk memberikan anda gambaran dan panduan halatuju kerjaya selepas SPM.

Matlamat Program Diploma Kejururawatan USM 2016

Program ini adalah sebuah program bertaraf profesional yang akan menumpukan kepada pendidikan akademik dan juga latihan klinikal untuk menyediakan Jururawat (Nurse) yang profesional dan mahir dalam praktik kejururawatan klinikal moden yang selamat dan menyumbang kepada peningkatan tahap kesihatan masyarakat.

Program Diploma in Nursing USM ini adalah terbuka kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bagaimana Untuk Memohon

Kepada anda yang layak dan berminat anda boleh memohon secara online di webportal pendaftaran Diploma Kejururawatan USM

Untuk membuat permohonan sila layari https://pohon.usm.my/

Untuk maklumat lanjut dan terperinci anda boleh berhubung terus dengan pihak Universiti Sains Malaysia (USM).

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR,
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800 USM, PULAU PINANG
Tel: 1 300 888 876,  04 653 3328

Anda mungkin ada juga berminat untuk membaca mengenai Skim Latihan 1Malaysia Jururawat. Program ini memberi skim latihan untuk graduan kejururawatan yang masih belum berkerja.