Tarikh Dan Borang Pendaftaran MUET 2018 Online – Cara Daftar MUET

Tarikh Borang pendaftaran MUET 2018 online untuk calon-calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET bagi sesi 2018. Seperti mana hebahan yang disiarkan di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pendaftaran MUET Sesi 1 2018 dibuka dari 1 Nov 2017 hingga 10 Januari 2018.

Calon yang perlu dan berhasrat untuk menduduki peperiksaan MUET 2018 dinasihatkan untuk mendaftar secara online awal kerana pendaftaran anda akan ditolak jika lambat atau lewat berbuat demikian selepas tarikh tutup.

Pendaftaran MUET Terakhir Untuk Sesi 2018

Kepada yang sudah selesai membuat pendaftaran boleh membuat semakan di portal Semakan Slip Daftar MUET

Borang Pendaftaran MUET 2018 Online

Pendaftaran untuk mengikuti peperiksaan MUET adalah secara online (talian). Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my untuk mengetahui proses dan cara membuat pendaftaran.

Bayaran untuk ujian ini ialah RM100 dengan cara membeli PIN MEC di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan anda.

 


Calon yang berhasrat menduduki peperiksaan MUET 2018 boleh menghantar permohonan di borang permohonan MUET 2018 Online di laman Website Rasmi MUET

Sebelum anda menghantar permohonan MUET 2018 online, anda dinasihatkan untuk membaca Manual Pengguna Pendaftaran MUET calon persendirian di SINI

Anda juga boleh berbuat demikian di ruangan panduan pendaftaran di SINI.

Kepada anda yang hendak mendaftar untuk menduduki peperiksaan MUET 2018 sila pastikan anda membeli nombor PIN dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum membuat pendaftaran sebagai pengguna.

Pelajar yang akan menduduki peperiksaan MUET tahun ini dinasihatkan untuk melengkapkan diri dengan ilmu menghadapi MUET dengan cukup agar anda lebih bersedia. Kami cadangkan agar anda membaca Panduan Lengkap Peperiksaan MUET ini agar anda lebih yakin dan bersedia.
Kepada anda yang telah berjaya membuat pendaftaran di borang pendaftaran MUET 2018 online, selamat maju jaya untuk anda.