Keputusan Permohonan IKBN: Semakan Online

Keputusan Permohonan IKBN. Adakah anda telah memohon untuk memasuki Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS)? Jika ada anda boleh membuat semakan keputusan ILKBS secara online. Individu yang berminat dalam bidang kemahiran dalam pelbagai sektor seperti sektor perindustrian digalakkan memohon untuk mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan di ILKBS untuk ambilan sesi Januari
Cuba memohon biasiswa pelajar Malaysia >> DI SINI
Institusi-institusi yang berada di bawah naungan ILKBS adalah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institusi Kementerian Tinggi Belia Negara (IKTBN). Latihan di ILKBS dijalankan secara bersepadu merangkumi pelbagai latihan kemahiran termasuk teori dan praktikal, keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan dan moral.

Keputusan Permohonan IKBN Online

Untuk membuat permohonan ke IKBN anda boleh menghantar permohonan melalui permohonan online IKBN yang disediakan untuk memudahkan permohonan dibuat.

Sebelum membuat permohonan ke IKBN secara online anda dinasihatkan untuk menyemak berberapa maklumat penting seperti di bawah:

Untuk membuat permohonan online anda boleh layari http://ekampus.kbs.gov.my/

Kepada mereka yang terlepas atau tidak sempat memohon, anda boleh memohon untuk sesi Julai  2017. Tarikh akan kami kemaskini dilaman ini jika ada apa-apa perkembangan terkini dari pihak KBS kelak.

Apakah syarat-syarat Kelayakan Umum Untuk Permohonan Memasuki ILKBS atau IKBN
Sebelum memohon anda dinasihatkan untuk menyemak syarat-syarat kelayakan permohonan ke ILKBS terlebih dahulu.  Antara syarat-syarat umum kelayakan untuk kemasukan ke ILKBS adalah seperti berikut:

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
b. Pemohon harus boleh membaca dan menulis
c. Pemohon berusia 18-30 tahun pada masa memohon dan berkelulusan sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5.
d. Pemohon mestilah masih bujang (belum berkhawin)
e. Sihat tubuh badan
f. Pemohon Tidak pernah melanggar undang-undang (tidak pernah melakukan kesalahan jenayah) termasuk penyalahgunaan dadah
g. Pemohon belum pernah mengikuti sebarang latihan kemahiran di mana-mana Institusi Latihan Awam atau Semester. Pengecualian diberikan kepada pemegang sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi tujuan menyambung pelajaran pemohon.
h. Pemohon wajib dan sanggup menjalani latihan progam yang dipilih sehingga tamat dan mengikuti semua peraturan latihan yang ditetapkan oleh pihak institusi.
i. Pemohon yang masih menjalani latihan (belum tamat/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4) di mana-mana institusi latihan kemahiran adalah tidak dibenarkan memohon atau permohonannya tidak akan dilayan.
j. Pemohon yang tidak menamatkan latihan atau pernah disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana instusi latihan awam tidak dibenarkan memohon.

Bidang-bidang Latihan Kemahiran Yang Ditawarkan Di IKBN

Senarai di bawah adalah bidang-bidang latihan kemahiran yang ditawarkan di ILKBS/IKBN. Bidang-bidang ini boleh berkurang atau bertambah dari masa ke semasa mengikut perancangan pihak ILKBS.
Semakan keputusan permohonan IKBN secara online

1. Teknologi Mekanikal
2. Teknologi Automotif
3. Teknologi Awam
4. Teknologi Elektrik
5. Teknologi Elektronik
6. Teknologi Tekstil
7. Teknologi Marin
8. Teknologi Hospitaliti
9. Teknologi Fotografi
10. Teknologi Maklumat
11. Teknologi Personal
12. Teknologi Sukan

Semakan Temuduga IKBN

Portal untuk membuat semakan temuduga ke ILKBS telah dibuka. Kepada yang ada membuat permohonan sila semak online ke http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/semak2.php ATAU http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/page1.php
Semakan Online Panggilan Temuduga IKBN seluruh negara
Pertanyaan lanjut

Jika anda mempunya apa-apa pertanyaan lanjut atau perlukan makmumat terkini anda boleh berhubung terus dengan pihak ILKBS.

Unit Pengurusan Pengambilan & Rekod Pelajar
Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia
Tel: +603 88713685/3652/3646, Fax: +603 88888785

Semoga info mengenai semakan keputusan permohonan IKBN ini bermanfaat kepada anda. Kepada yang ada memohon dan berjaya kami mengucapkan tahniah dan semoga maju jaya.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah: