Takrifan Dan Konsep Sistem Pengangkutan Di Malaysia

Takrifan dan konsep sistem pengangkutan di Malaysia sering menjadi topik untuk soalan karangan pengangkutan awam (public transport) untuk pelajar. Hal ini mungkin kerana sektor pengangkutan di Malaysia adalah satu sektor penting yang berkait rapat dengan ekonomi, sosial dan politik, dan wajid difahami dengan mendalam.

Baca juga: Koleksi Soalan Bahasa Melayu (BM) SPM 2018

Apakah maksud pengangkutan

Menurut takrifan yang di berikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2007, maksud pengangkutan ialah satu konsep atau proses pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain. 

Berdasarkan kepada maksud yang diberikan oleh Kamus DBP ini kita dapat membayangkan bahawa pengangkutan adalah satu proses, kegiatan dan sistem untuk memindahkan sesuatu objek dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Sistem Pengangkutan di Malaysia

Salah satu takrifan dan konsep yang sering digunapakai ialah berdasarkan takrifan dan konsep yang dipetik dari Wikipedia. Menurut Wikipedia, pengangkutan adalah satu proses yang merujuk kepada kenderaan yang memindahkan sesuatu dari satu tempat ke tempat yang lain dan jaraknya pula relatif lebih jauh.

Sistem pengangkutan boleh dibahagi kepada berberapa kaedah atau cara berdasarkan lokasi, cara ianya dilakukan dan lain-lain.

masalah-masalah pengangkutan awam (public transport) di Malaysia

Antara sistem pengangkutan di Malaysia yang biasa ialah:

a. Pengangkutan Darat (contohnya:Basikal, motorsikal Kerita api, teksi, lori, bus)
b. Pengangkutan Laut (Contohnya: Perahu, kapal laut)
c. Pengangkutan Udara (Kapal terbang)

Jenis pengangkutan awam di Malaysia juga secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu:

a. Umum
b. Persendirian atau individu

Masalah pengangkutan awam di Malaysia

Masalah pengangkutan awam di Malaysia sering menjadi isu yang tidak pernah selesai. Sudah tentu rakyat Malaysia menginginkan satu sistem pengangkutan yang lancar dan kurang bermasalah.

Walaupun kita sering membaca begitu banyak tulisan berkenaan huraian masalah pengangkutan di Malaysia tetapi isu ini masih berlanjutan sehingga kini. Masalah kesesakan lalulintas terutama di bandar-bandar besar masih berlaku walaupun kita percaya sudah begitu banyak cadangan penambahbaikan pengangkutan awam di Malaysia yang dikemukan oleh pelbagai pihak.

Masalah pengangkuta awam di Malaysia ini antara lain telah menyumbang kepada masalah-masalah yang berikut:

1. Masalah kesesakan lalulintas. Masalah ini sering berlaku di awal pagi semasa rakyat bergerak ke tempat kerja dan juga sebelah petang semasa pulang dari tempat kerja ke rumah masing-masing. Keadaan ini semakin parah bila berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan di jalan raya dan juga dalam kes-kes tertentu seperti tanda isyarat (traffic light) tidak berfungsi.

2. Berlaku pencemaran udara. Terlalu banyak kenderaan di jalanraya akan melepaskan asap yang banyak. Ini akan menjejaskan kesihatan dan juga alam sekitar kita.

3. Berlaku pencemaran bunyi. Jumlah kenderaan yang begitu banyak, ditambah dengan tebiat sesetengah pemilik kereta yang suka mengubahsui exzos kenderaan menyebabkan pencemaran bunyi menjadi masalah pengangkutan awam yang semakin serius di Malaysia. Dari aspek ini semua jenis pengangkutan termasuk pengangkutan darat, laut dan udara menyumbang kepada masalah ini. Pencemaran bunyi ini memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental penduduk yang tinggal di sekitar kawasan yang terlibat.

4. Masalah kemalangan jalan raya. Setiap hari kita melihat berlaku berita kemalangan jalanraya di Malaysia. Statistik menunjukan bahawa jumlah kes kemalangan jalanraya belum menunjukkan penurunan yang drastik. Masalah ini sering berlaku kerana sikap pemandu yang cuai dan tidak berhati-hati, kurang sabar, situasi fizikal pemandu yang tidak boleh begitu sesuai memandu seperti kurang sihat dan mengantuk serta penyalahgunaan dadah. Kemalangan jalanraya juga mungkin berlaku jika kenderaan yang digunakan tidak diselengara dengan baik dan teratur.

5. Masalah berkaitan kesihatan. Jika kita pernah menaiki pengangkutan awam di Malaysia, kita sering melihat kondisi bus yang kurang bersih atau tidak diselengara dengan baik. Ini tentu akan menyumbang kepada masalah kesihatan. Pihak berwajib dan orang ramai patut berkerjasama untuk memantau keadaan ini sepanjang masa.

6. Kos perjalanan atau tambang mahal. Isu tambang mahal sering menjadi masalah. Kebelakangan ini kita mendapati pengusaha pengangkutan awam sering menaikkan tambang pengangkutan awam atas alasan minyak naik. Isu ini boleh menyebabkan rakyat cuba mengelak untuk menggunakan pengangkutan awam di Malaysia dan berlaku pertambahan kenderaan persendirian di atas jalanraya.

7. Keselamatan penumpang terancam. Sering kita melihat berita mengenai kes rogol, rompak, culik dan sebagainya. Pemandu yang memandu secara merbahaya juga menyumbang kepada peningkatan kepada ancaman keselamatan penumpang.

8. Darjah ketersampaian yang rendah. Jaringan LRT, KTM komuter, Monorel tidak meliputi semua kawasan. Begitu juga dengan pengangkutan laut di mana dasar kerajaan yang mewajibkan semua kapal harus berlabuh di Pelabuhan Kelang sebelum muatan dihantar ke Sabah dan Sarawak membantutkan ekonomi di kedua-dua negeri yang terlibat dan seterusnya meningkatkan harga barangan untuk Sabah dan Sarawak.

9. Kos bahan api atau harga minyak tinggi meningkat dan kenderaan yang kurang selamat untuk digunakan. Ekonomi yang agak lembab kebelakangan ini menyebabkan rakyat yang kurang mampu terpaksa membeli kenderaan lama. Kenderaan lama jika tidak diselengara dengan baik agak berbahaya untuk berada di atas jalanraya. Kos bahan api yang meningkat juga semakin meningkatkan masalah pengangkutan awam di Malaysia.

10. Masalah penipuan. Isu pemandu teksi yang gelojoh, tamak dan tidak bertanggungjawab yang menipu seperti tidak menggunakan meter teksi, sengaja membuat lencongan jauh kepada pengguna menyebabkan pengguna cuba mengelak dari menggunakan sistem pengangkutan awam. Ini juga boleh memberi persepsi negatif kepada pelancong luar.Sebenarnya ada banyak lagi masalah pengangkutan awam di Malaysia.

Huraian masalah pengangkutan awam di atas hanyalah sebahagian kecil dari semua masalah yang kita hadapi sekarang ini.

SEE ALSO >>  Teknik Berkesan Belajar Sejarah SPM

Sistem pengangkutan di Malaysia: Pengangkutan darat

Berdasarkan maklumat di PMR Penerangan, definisi pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan yang mana pengguna tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.

Pengangkutan awam darat pula ialah meliputi pengangkutan seperti menggunakan bas, teksi, KTM Komuter, Express Rail Link (KLIA Express/KLIA Transit), KL Monorail dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Cadangan penambahbaikan pengangkutan awam di Malaysia dilakukan sepanjang masa kerana kerajaan sememangnya prihatin dalam usaha menyediakan pengangkutan awam terbaik untuk rakyat.

Dalam usaha ini kerajaan akan memberi tumpuan kepada empat (4) bidang utama dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar usaha menarik pengguna beralih kepada pengangkutan awam dapat dijayakan.

Antara sektor yang akan diberi tumpuan ialah seperti berikut:

Tumpuan pertama (1)

Meningkatkan kesedaran dalam usaha memberi keyakinan kepada pengguna mengenai kebaikan sistem pengangkutan awam. Antara fokus yang diberi tumpuan ialah ketepatan masa.

Tumpuan kedua (2)

Melipatgandakan usaha meningkatkan tahap kualiti pengangkutan awam.

Tumpuan ketiga (3)

Akses mudah kepada jaringan pengangkutan awam. Ini membolehkah semua orang mendapat peluang yang sama rata untuk akses kepada pengangkutan awam.

Tumpuan keempat (4)

Menyediakan jaringan pengangkutan awam yang mencukupi dan memenuhi keperluan pengguna sedia ada dan akan datang.

Kemajuan dan kesejahteraan rakyat sesebuah negara banyak pergantung kepada tahap kemudahan pergerakan penduduknya dari satu tempat ke satu tempat. Usaha meningkatkan sistem pengangkutan sesebuah negara tidak boleh di pandang ringan oleh pihak yang berwajib.