Pendaftaran MUET Persendirian Online – Cara Daftar MUET Online

Pendaftaran MUET Persendirian online (Cara daftar MUET Online untuk calon persendirian). Adakah anda bercadang untuk mengambil peperiksaan MUET sebagai calon persendirian? Jika YA! maka maklumat yang ada ini harus anda baca dengan teliti dan fahami agar proses pendaftaran MUET anda tidak menghadapi masalah.

Pelajar boleh memohon tawaran biasiswa >> DI SINI

Berita baiknya ialah Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membangunkan sistem pendaftaran MUET Persendirian online untuk calon-calon persendirian membuat mendaftar.

Sistem pendaftaran online ini dibangunkan oleh pihak MPM khasnya digunakan oleh calon bagi kategori calon persendirian untuk pendaftaran peperiksaan MUET secara online.

Tunggu…sebelum anda melayari laman web portal tersebut anda dinasihatkan untuk download Panduan Pendaftaran Online MUET (PDF).

Dokumen ini menerangkan langkah-langkah dan proses pendaftaran MUET untuk calon persendirian online.

cara pendaftaran muet persendirian online

Sila download Panduan Pendaftaran Online MUET (PDF) di SINI

Perlu diingat bahawa untuk menggunakan sistem pendaftaran online, calon perlu memastikan komputer anda mempunyai akses internet.

Pendaftaran MUET Persendirian Oline

Untuk membuat pendaftaran anda perlu beli PIN No. MUET di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan anda.

Harga Pin No. MUET di BSN ialah RM100 + RM1.06 (BSN charges). Kena sediakan RM101.06 untuk PIN No. MUET.

Selepas beli PIN No MUET anda bolehlah terus membuat pendaftaran. Untuk mendaftar sila layari laman web portal MPM MeSP di http://portal.mpm.edu.my/web/guest/home

cara pendaftaran muet persendirian online


Untuk  membuat pendaftaran anda bolehlah klik ‘Log Masuk MeSP’ seperti yang ditanda di bulatan merah dalam gambarajah di atas.

Ikuti setiap langkah (steps) dengan teliti dan cermat.

Semasa mendaftar anda akan terpaksa memilik pusat peperiksaan (sekolah tempat anda akan menduduki peperiksaan MUET anda). Anda bolehlah memilih sekolah yang terdekat dengan anda yang belum penuh atau masih dibuka untuk pelajar.
SEE ALSO: 4 Cara Mudah Score Band 6 Dalam Peperiksaan MUET

Sekali lagi anda dinasihatkan untuk membaca panduan pendaftaran MUET persendirian. Sila download dokumen tersebut dan cetak untuk memudahkan anda mengikuti langkah-langkah cara Pendaftaran MUET persendirian online.