Panduan Pendaftaran Tingkatan 1/Tahun 1 2018 Online

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sekarang ibubapa dengan mudah dapat mendaftarkan anak mereka untuk memasuki Tingkatan Satu (1) atau Tahun Satu (1) secara online. Kementerian Pendidikan (KPM) telah membangunkan laman portal permohonan online memasuki Tingkatan/Tahun 1. Sekarang ianya lebih mudah dan menyenangkan.

Sistem Pendaftaran Online atas talian KPM ini adalah merupakan portal untuk melakukan urusan berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah di bawah kendalian KPM.

Sekarang permohonan memasuki Tingkatan/Tahun 1 sudah semakin mudah dan senang.

Walau bagaimanapun kepada ibubapa yang belum begitu mahir menggunakan aplikasi dalam talian, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan mereka yang mahir atau boleh juga datang terus kepada pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah yang terdekat untuk meminta tunjuk ajar.


Panduan Pendaftaran Tingkatan 1 & Tahun Satu (1)

Panduan lengkap pendaftaran murid Tingkatan / Tahun 1 online ini adalah untuk memberi maklumat dan panduan pendaftaran online untuk murid tingkatan/tahun 1 untuk sesi kemasukan 2017 melalui aplikasi SPS yang disediakan oleh KPM.

Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPS yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) adalah direka khas untuk tujuan memudahkan permohonan ke Tingkatan 1 dan Tahun 1 untuk pelajar yang layak.

Berbanding sistem sebelum ini yang banyak menggunakan borang permohonan/kertas dan perlu dibuat secara manual, sistem SPS ini membolehkan para ibubapa memohon terus secara online dan membolehkan segala urusan menjadi lebih cepat dan mudah.

SEE ALSO: Semakan Keputusan UPSR Online Dan SMS 

Bagaimana menggunakan SPS - Sistem Pendaftaran Atas Talian (Online)

Untuk menggunakan sistem SPS ibubapa perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan.

Perlu diingat bahawa sekolah di setiap daerah dan negeri mempunyai syarat-syarat kemasukan yang berbeza. Atas sebab ini ibubapa dinasihatkan agar membaca panduan am yang telah disediakan dengan teliti untuk memahaminya.

Pelajar-pelajar yang layak sahaja boleh memohon ke memasuki sekolah-sekolah yang diinginkan.

Download Panduan Panduan SPS Online

Anda dinasihatkan untuk download pantuan ini sebelum menggunakan portal yang disediakan untuk mengelakkan berlaku kesilapan semasa memohon nanti.

Berikut adalah manual menggunakan SPS - Sistem Pendaftaran Atas Talian (Online) untuk kemasukan Murid Tingkatan / Tahun 1.

Sila download dan cetak Panduan Menggunakan Aplikasi SPS di https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN_SPATKPM.pdf

Maklumat lanjut

Pihak KPM biasanya akan menyiarkan informasi terkini mengenai perkara ini di laman portal SPS. Anda dinasihatkan sentiasa merujuk laman portal online rasmi SPS untuk maklumat lengkap dan tepat.
https://public.moe.gov.my/?kpm=

Anda boleh melayari laman portal rasmi SPS di https://public.moe.gov.my/?kpm=

Alamat Perhubungan

Jika anda mempunya apa-apa pertanyaan atau perlukan maklumat terperinci, sila berhubung terus dengan pihak SPATKPM di senarai alamat perhubungan seperti yang di bawah:

Pendaftaran Tingkatan 1 Online

Diharapkan panduan pendaftaran murid Tingkatan/Tahun 1 ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk proses pendaftaran anak anda memasuki ke Tingkatan/Tahun 1.


SEE ALSO: Panduan Ke SBP Tingkatan 1 Online

Maklumat terkini di laman portal rasmi SPS

- Dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Kawalan Tingkatan Satu (1) Ambilan 2018 boleh dilakukan bermula September 2017.

- Semakan keputusan permohonan ke Tahun Satu bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan 2018 akan dibuka mulai Julai 2017 bagi negeri Selangor dan 15 Julai 2017 bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

- Permohonan ke Tahun Satu bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan 2017 dan 2018 akan dibuka pada 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017.

- Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
Load disqus comments

0 comments

DISCLAIMERS: Some of the pictures, videos and articles on pendidikanmalaysia.com are the property of their respective owners. pendidikanmalaysia.com do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from pendidikanmalaysia.com contents that is in violation of copyright law, please email me at sunduvan [at] gmail.com. Based on your request, pendidikanmalaysia.com will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification OR pendidikanmalaysia.com can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.