Panduan Semakan Keputusan Penyerahan Perajurit Muda Tentera Darat (TD)

Semakan Keputusan Pemilihan Akhir Perajurit Muda 2016 Secara Online. Kepada anda yang ada membuat permohonan untuk menyertai Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai Perajurit Muda, anda boleh membuat semakan keputusan pemilihan melalui laman web portal yang diberikan di bawah.

Maklumat ini seperti mana yang dipetik dari laman Facebook (FB) Tentera Darat Malaysia. Anda boleh membuat semakan Layak Peringkat Akhir Perajurit Muda Lelaki Siri 182 (2016) melalui semakan online di https://www.army.mil.my/pusasda/keputusanlist.php

Semakan secara online keputusan penyerahan Tentera Darat (TD)
Semakan Keputusan Penyerahan Perajurit Muda TD

Untuk membuat semakan anda boleh ikut contoh di bawah:

Masukkan NO. KP (CONTOH: 111111223333) atau NAMA PENUH anda. Pilih salah satu sahaja. Setelah berbuat demikian klik butang CARIAN

Jika anda mempunya sebarang pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut anda boleh menghubungi:  03-2071 3807 / 4254 / 4523 / 4258 / 2197.

Sebahagian Maklumat Mustahak Untuk Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Yang Perlu Anda Tahu

Sila baca berberapa maklumat penting yang wajib anda ketahui mengenai Pengambilan Perajurit Muda TDM yang dipetik dari laman FB TDM.

1.Keputusan semakan Online adalah keputusan rasmi dan pemohon yang berjaya tidak perlu menunggu surat tawaran sampai.
2.Pastikan membaca SURAT PANDUAN yang disertakan pada sistem semakan keputusan.
3.Anda boleh berhubung dengan pihak Bahagian Pengambilan Perajurit Muda sekiranya ada permasalahan atau perlukan maklumat lanjut.

Apakah maksudnya status CALON SIMPANAN dalam semakan Penyerahan Perajurit Muda
Mungkin anda tertanya-tanya mengenai perkara di atas. Status CALON SIMPANAN bermaksud:

1.Calon akan dipanggil/dihubungi sekiranya ada calon yang menarik diri atau dipanggil oleh Pegawai Pemilihan.
2.Mereka yang dicalonkan untuk sesi Penyerahan Perajurit Muda bagi siri ambilan akan datang (Tarikh dan Masa akan ditetapkan).

Kepada calon yang telah berjaya dalam semakan keputusan akhir Perajurit Muda Tentera Darat sesi 2016, kami ucapkan Tahniah!