Khamis, 19 April 2018

[TERKINI] Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Di Malaysia

Terkini Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Di Malaysia. Sekolah Berasrama Penuh (Fully Residential School) atau lebih dikenali dengan singkatan nama SBP adalah kumpulan sekolah menengah perdana yang ditubukan khas untuk pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang dalam UPSR dan PT3.

Di sekolah berstatus SBP waktu belajar diatur oleh pihak sekolah dan setiap sekolah wajib mematuhi jadual tersebut.

Pendidikan di SBP menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan mengembangkan tahap potensi pelajar yang cemerlang untuk menjadi warganegara Malaysia yang seimbang dan bertanggungjawab.

Pada asalnya SBP ditubuhkan untuk memberi kemudahan kepada pelajar bumiputera dari luar bandar. Komposisi pelajar biasanya 90% bumiputera dan 10% lagi bukan pelajar bumiputera.

Pada ketika ini seperti maklumat yang disiarkan di laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak 69 buah sekolah SBP di seluruh negara.

SEE ALSO: Panduan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)



Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia

Berikut adalah senarai SBP di seluruh negara sekarang ini.

Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia untuk rujukan anda
Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia untuk rujukan anda
Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia untuk rujukan anda

Agihan sekolah bertaraf SBP di setiap negeri ialah Perlis (1), Kedah (5), Pulau Pinang (2), Perak (7), Putrajaya (1), Kuala Lumpur (3), Selangor (9), Negeri Sembilan (8), Melaka (2), Johor (7), Pahang (7), Terengganu (6), Kelantan (5), Sabah (2), Labuan (1) dan Sarawak (3)

SEE ALSO: Syarat Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Diharapkan perkongsian Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia ini dapat sedikit sebanyak membantu anda. Untuk mendapatkan maklumat terkini anda dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak KPM.

4 ulasan:

  1. Perlu berhubung terus dengan pihak pengurusan SBP jika ada sebarang pertanyaan terperinci

    BalasPadam
  2. Kalau keputusan cemerlang tapi tak aktif kokurikulum boleh tak memohon ke SBP? Senarai SBP terkini ker nie?

    BalasPadam
  3. Ini senarai SBP yang terkini ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini, senarai ini adalah senarai SBP yang terkini di Malaysia. Semoga dapat membantu anda.

      Padam

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.