Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 – Semakan Kelayakan MRSM Tingkatan 1

Mungkin ramai antara anda yang mencari maklumat mengenai syarat kemasukan MRSM Tingkatan 1. Adalah penting untuk anda membuat semakan kelayakan MRSM Tingkatan 1 sebelum mengemukakan permohonan anda.
Ini untuk memudahkan anda dan juga memudahkan pihak Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) supaya hanya mereka yang benar-benar layak yang memohon.

Jika tidak anda mungkin hanya buang waktu dan tenaga anda dan juga pihak pengurusan MRSM.

Apakah syarat kemasukan MRSM Tingkatan 1

Sebenarnya ada dua set syarat kemasukan.

Syarat kemasukan MRSM Semenanjung dan MRSM Sabah & Sarawak.

a. Syarat Kemasukan Tingkatan satu (1) MRSM Semenanjung
b. Syarat Kemasukan Tingkatan satu (1) MRSM Sabah & Sarawak.

Ketika artikel ini ditulis laman portal MRSM belum diaktifkan untuk kedua-dua kategori. Walau bagaimanapun rasanya syarat kelayakan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 untuk kedua-dua kategori ini tidaklah jauh berbeza.

Syarat kemasukan MRSM Tingkatan 1 sebagai panduan pelajar

Berikut ialah syarat kemasukan MRSM Tingkatan 1 yang dipetik dari laman webportal rasmi MRSM Gerik.

Syarat-syarat kelayakan kemasukan MRSM Tingkatan 1 ini boleh menjadi panduan asas kepada pemohon untuk memohon memasuki MRSM Tingkatan 1.

Syarat Kelayakan Tingkatan 1

Berikut adalah syarat kelayakan umum untuk kemasukan MRSM Tingkatan 1

1. Warganegara Malaysia
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
•Bumiputera tahun enam
•Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Seklolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh yang telah ditetapkan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.

SEE ALSO: Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Untuk maklumat yang lebih tepat dan terperinci mengenai syarat kemasukan MRSM Tingkatan 1 anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan MRSM