Kursus Taska Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Pengusaha Dan Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Kursus Taska Jabatan Kebajikan Masyarakat - Tahukah anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan kursus Taska? Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai 'Final Agency' bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran Taska atau pusat jagaan.

Dilaporkan bahawa berkuatkuasa sejak 1 Januari 2016, Kursus Asuhan PERMATA adalah diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh mengantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAk) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990.

Ini bermakna jika anda berminat untuk berniaga atau berkerja di bidang ini maka adalah penting untuk anda menjalani Kursus Asuhan PERMATA dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh dua belas bulan bekerja. Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi.  Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.

Senarai Agensi Yang Menjalankan Kursus Asas Asuhan Dan Didikan Kanak-Kanak PERMATA

Berikut ialah senarai nama-nama dan alamat perhubungan agensi-agensi yang menjalankan Kursus Asas Asuhan dan Didikan Kanak-kanak PERMATA. Anda boleh berhubung terus dengan mereka untuk maklumat lanjut atau berhubung dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

senarai agensi yang menjalankan kursus taska jabatan kebajikan masyarakat
senarai agensi yang menjalankan kursus taska jabatan kebajikan masyarakat
senarai agensi yang menjalankan kursus taska jabatan kebajikan
senarai agensi yang menjalankan kursus taska jabatan kebajikan masyarakat
senarai agensi yang menjalankan kursus taska jabatan kebajikan masyarakat

Pengiktirafan Agensi Latihan, Jurulatih Dan Fasilitator Kursus Asuhan PERMATA

Peraturan-Peraturan TASKA 2012 di bawah Peraturan 53 dan Peraturan 54, telah memperuntukan bidang kuasa JKM bagi mengiktiraf mana-mana individu, persatuan atau syarikat yang layak untuk menjalankan Kursus Asuhan PERMATA sebagai jurulatih, fasilitator atau agensi latihan.

Kadar Bayaran Kursus Asuhan PERMATA

Kadar Bayaran Kursus Asuhan PERMATA ditetapkan pada kadar RM800.00 seorang untuk tempoh selama kursus selama 137 jam @ 23 hari sepenuh masa dan lebih kurang 4 bulan untuk mereka mengikuti  kursus tersebut pada hari hujung minggu. Peserta Kursus Asuhan PERMATA boleh membeli Modul Kursus Asuhan PERMATA yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan, UPM dengan harga RM100.00 senaskah melalui Agensi Latihan yang melaksanakan kursus.

READ ALSO: How to find good kindergarten in Malaysia AND List of Kindergarten in Malaysia

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh melayari laman website rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di SINI

Diharap maklumat mengenai Kursus Taska Jabatan Kebajikan Masyarakat ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Adakah anda rasa informasi ini bermanfaat? Jika YA mohon share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK atau GOOGLE+. Sila komen secara berhemah. Terima Kasih