Cara Pengeluaran Duit & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i

Cara Pengeluaran Duit & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i - Adakah anda memiliki akaun simpanan SSPN-i dan ingin mengeluarkan duit dan menutup akaun simpan SSPN-i anda? Untuk pengetahuan anda akaun simpanan SSPN diwajibkan kepada semua warganegara Malaysia yang ingin memohon pinjaman PTPTN.

Jika anda berniat berbuat demikian maka panduan ini mungkin berguna untuk anda. Di sini kami ingin kongsikan info cara keluarkan duit dan menutup akaun SSPN-i anda.

Bagaimana cara pengeluaran simpanan SSPN-i

Jika anda memiliki akaun simpanan SSPN-i, anda sebenarnya boleh mengeluarkan duit yang ada di dalam akaun anda bila-bila masa tertakluk kepada peraturan dan syarat semasa yang ditetapkan oleh pihak PTPTN yang antara lainnya ialah mengekalkan baki minimum sebanyak RM20.00 dalam akaun anda.

Cara pengeluaran duit & penutupan akaun simpanan SSPN-i

Ada tiga pilihan pengeluaran iaitu sama ada pengeluaran secara tunai, pos cek ke alamat rumah anda atau tutup akaun dan kreditkan wang dari akaun simpanan SSPN-i anda ke akaun bank pilihan anda.

Kes yang berbeza untuk proses penutupan akaun simpanan SSPN-i

Cara penutupan akaun SSPN-i

Jika anda bercadang untuk menutup akaun simpanan SSPN-I anda makan ada berberapa proses dan dokument yang diperlukan untuk membolehkan anda berbuat demikian

Salah satunya ialah, kepada pemilik akaun SSPN-i yang pernah memohon/kebenaran kaedah potongan gaji ke dalam SSPN-i anda, maka anda perlu penamatan potongan gaji terlebih dahulu.

Untuk perkara ini anda perlu mengisi dan melengkapkan borang kebenaran penamatan potongan gaji SSPN-i.

Dokumen yang perlu disertakan untuk menutup akaun simpanan SSPN-i

Berikut adalah antara dokumen penting yang perlu anda sediakan untuk menutup akaun SSPN-i anda.

a. Borang pengeluaran / Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan
b. Salinan MyKad / Kad Tentera / kad Polis Pendeposit
c. Salinan kad SSPN-i
d. Salinan Sijil Kematian (Jika penerima manfaat/pemilik akaun sudah meninggal dunia)
e. Salinan muka depan buku akaun/penyata akaun (kalau nak dipindahkan terus ke dalam akaun bank). Untuk salinan penyata akaun, jangan lupa minta cop pengesahan bank.

Proses pengeluaran atau penutupan akaun boleh dibuat di PTPTN atau anda boleh datang terus ke PTPTN one Stop Centre di KL Sentral (betul-betul di belakang bangunan Hotel Hilton, bersebelahan Poliklinik Sentral). Kedudukannya di luar bangunan KL Sentral.

SEE ALSO: Cara Semakan Blacklist PTPTN Online

Untuk makluman anda, hanya pemilik akaun (jika masih hidup) yang berhak mengeluarkan atau menutup akaun SSPN. Untuk maklumat lebih terperinci layari laman Webportal Rasmi SSPN-i. Diharapkan info cara pengeluaran dan penutupan akaun simpanan SSPN-i ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

18 ulasan:

  1. lau ade dalam simpanan hanyarm 600,boleh keluarkan x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk pengeluaran duit simpanan SSPN-i ada baiknya anda boleh terus berhubung dengan pihak PTPTN. Sepatutnya boleh di keluarkan.

      Padam
  2. boleh je.. tak ada masalah rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang boleh. Wang dalam akaun simpanan SSPN-i itu adalah duit anda. Anda berhak mengeluarkannya untuk kegunaan anda.

      Padam
  3. Walaupun x ambik ptptn saving saja sampai 18 tahun dapat x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Akaun SSPN-i adalah simpanan anda. Program ini memang bagus.

      Padam
  4. Saya sudah menyambung di ipt dan saya mahu mengambil duit simpanan sspn-i tetapi saya tidak cukup umur 18 tahun.bolehkah saya mengambilnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tanya terus denga pihak PTPTN. Mereka mempunyai maklumat terkini mengenai perkara ini

      Padam
  5. saya adalah penama kedua untuk akaun sspn-i atas nama ibu saya. kalau nak buat penutupan akaun, adakah saya sendiri boleh membuat penutupan akaun tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya pemilik/penama akaun jika masih hidup yang boleh tutup akaun. Anda boleh berhubung terus dengan pihak SSPN-i untuk maklumat lebih lengkap.

      Padam
  6. Ada 800lebih boleh kluarkan tk kne prgi ofis dieke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi office SSPN-i untuk penjelasan lanjut pengeluar simpanan anda. Contact mereka dululah melalui phone.

      Padam
    2. No mana yg perlu dihubungi.

      Padam
  7. Boleh x saya mengeluarkan duit Dari akaun sspn jika pendeposit bkn saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya pendeposit/penama yang boleh keluarkan wang dari akaun SSPN. Sila berhubung dengan pihak SSPN-i untuk keterangan lanjut dan terkini.

      Padam
  8. Saya baru 8 bulan masuk SSPN utk anak saya seorg 3k...saya bercadang nak menutup akaun SSPN...adakah saya dapat balik duit kesemuanya

    BalasPadam
  9. assalam..ingin bertanya..
    sekarang yg membuka akaun adalah bekas isteri
    sekarsng sy nak sambung deoosit utk akaun anak yg dibuka oleh dia..so apa cara utk dia tak boleh ambil duit yg sy sendiri depositkan?

    BalasPadam
  10. Boleh tak saya mengeluarkan duit dari akuan sspn jika pendeposit itu ialah ayah saya.

    BalasPadam

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.