Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

Semakan Baki Pinjaman PTPTN online Dan SMS. Tentu ramai antara anda yang berhasrat untuk mengetahui baki pinjaman PTPTN anda. Mungkin anda telah lama mula membayar dan sekarang hendak mengetahui berapa baki pinjaman PTPTN anda yang masih perlu dibayar. Kepada peminjam PTPTN, adalah lebih baik jika anda selalu buat semakan baki pinjaman PTPTN untuk memudahkan anda merancang perbelanjaan harian atau bulanan anda.

Pelajar boleh memohon tawaran biasiswa >> DI SINI

Sebenarnya amat mudah sekali cara membuat semakan baki pinjaman PTPTN anda. Sila rujuk maklumat dibawah untuk membantu anda. Amat perlu difahami bahawa membayar balik pinjaman PTPTN adalah tanggungjawab anda.

Kebaikan Semak Baki Pinjaman PTPTN

Antara kebaikan jika anda buat semakan baki pinjaman PTPTN ialah seperti berikut:

a. Membantu anda dapat merancang kewangan
b. Proses bayaran balik,kadar ujrah dan kadar insuran
c. Mengetahui jumlah jika ingin bayar sekaligus
d. Jumlah potongan gaji ( jika secara potongan gaji )
e. Jumlah pembayaran sebelumnya
f. Menyemak maklumat penting peribadi lain.
g. Menukar kata laluan dan alamat emel

Cara semakan baki pinjaman ptptn online dan sms

Cara Semakan

Berikut kami kongsikan berberapa cara untuk anda membuat semakan sebagai panduan anda dan seterusnya memudahkan membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN anda.

A. Semakan Secara Online
• Terlebih dahulu, anda hanya memasuki ke Laman Web PTPTN tertera iaitu http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
• Selepas itu anda hanya “Klik Ikon Penyata Pinjaman”

cara semakan baki pinjaman ptptn online dan sms

• Kemudian link “Klik PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL”
• Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Pinjaman PTPTN anda
• Akhirnya, klik “Semak”

B. Semak Melalui SMS
• Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
• Dan hantar SMS ke 15888

cara semakan baki pinjaman PTPTN online dan SMS

Untuk pengetahuan anda, nombor pinjaman atau nombor pin boleh didapati dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455. Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 dan penerimaan SMS pula dikenakan caj RM0.20.

Peminjam adalah dinasihatkan supaya anda membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual yang telah dipersetujui antara anda dengan pihak PTPTN untuk mengelak nama anda disenaraikan di CCRIS.

SEE ALSO: Semakan Blacklist PTPTN Di CCRIS

Insentif Diskaun Pembayaran Balik PTPTN

Berita baik buat peminjam PTPTN seperti dibentangkan dalam Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif diskaun berkuat kuasa mulai 22 Oktober 2016 sehingga akhir tahun 2017. Ianya bertujuan menggalakkan peminjam untuk membuat bayaran balik.

• Insentif : Diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
• Diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
• Diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

SEE ALSO: Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dan Dapatkan Diskaun Sehingga 15%

Semoga panduan cara Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua.