Semakan Permohonan PTPTN: Cara Buat Semakan Online

Semakan permohonan PTPTN secara online – Pernahkah anda terfikir atau tertanya-tanya apakah status permohonan PTPTN anda selepas submit permohonan anda? Selepas menghantar permohonan PTPTN anda online mungkin anda tertanya-tanya status permohonan anda.  Perkara ini penting kerana anda memerlukan dana dari pinjaman PTPTN tersebut untuk belanja pengajian anda dan juga membayar yuran kolej atau universiti.

Pelajar boleh cuma memohon biasiswa online >> DI SINI

Salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah membuat semakan. Dan membuat semakan status permohonan PTPTN anda sebenarnya mudah sahaja. Sebenarnya anda sendiri boleh membuat semakan status permohonan PTPTN anda secara online dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan (MYKad) dan password anda.

Ada sesetengah kolej terutama kolej swasta yang membantu pelajarnya untuk memproses permohonan pinjaman PTPTN anda. Dalam kes ini anda boleh minta ‘password’ anda dari pihak mereka.

Selepas anda mendapat password anda atau jika anda tahu password anda, bolehlah terus ke portal rasmi PTPTN dan click button/icon ‘Permohonan Pinjaman’

cara buat semakan status permohonan ptptn online

Selepas itu anda akan dibawa ke lama ini.

Cara buat semakan status permohonan PTPTN online

Di bahagian itu anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda dan juga kata laluan (password) anda.

SEE ALSO:  Blacklist PTPTN Cara Buat Semakan

Selepas itu sistem akan membuat paparan mengenai status permohonan PTPTN anda. Anda bolehlah meneliti setiap maklumat yang terdapat dalam paparan tersebut, malah anda juga boleh mencetaknya untuk simpanan dan rujukan anda nanti.

Diharapkan maklumat mengenai semakan permohonan PTPTN ini sedikit sebanyak berguna dan dapat membantu anda.