Syarat Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA Yang Anda Perlu Tahu

Syarat pendahuluan pinjaman pelajaran MARA yang perlu anda tahu. Tentu ramai yang perlukan kemudahan pendahuluan pinjaman pelajaran MARA. Sejak kemudahan atau bantuan ini dibuka untuk pelajar, ianya telah memberi manfaat kepada ribuan pelajar bumiputera di Malaysia. Apakah syarat kelayakan pendahuluan pinjaman MARA?

Cuba mohon biasiswa untuk pelajar Malaysia >> DI SINI

Soalan ini sering menjadi persoalan. Berita baiknya, pihak MARA telah menyediakan dokumen khas untuk menjadi rujukan kepada para pemohon. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA.

Sebelum itu mari kita terlebih dahulu fahami dengan jelas apakah objektif pendahuluan pinjaman pelajaran MARA.

Objektif Pendahuluan Pinjaman Pelajaran pelajaran MARA

Tujuan skim ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan atau mengikut garis panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan (yang ditetapkan oleh MARA) bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Jelas sekali dari bahawa sasaran pendahuluan pinjaman pelajaran MARA ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar bumiputera yang kurang berkemampuan untuk dapat menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Syarat Kelayakan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA

Berikut ialah syarat Kelayakan Bagi Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Tahun 2018. Anda dinasihatkan untuk membaca syarat-syarat berikut dengan teliti dan memahaminya sebelum membuat permohonan pendahuluan pinjaman pelajaran MARA.

Syarat pendahuluan pinjaman pelajaran MARA yang pelajar perlu ada untuk memohon


1. Pemberian Wang Pendahuluan bagi tahun 2016 adalah kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dari keluarga yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja, iaitu pendapatan kasar bulanan ibu dan bapa atau penjaga pelajar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan
2. Pelajar adalah warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera, berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
3. Pelajar telah ditawarkan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Persediaan / Pra-Universiti di bawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) atau Diploma atau HND atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di bawah Skim Pinjaman Pelajaran (SPIP).
4. Pendahuluan pinjaman pelajaran boleh dipertimbangkan kepada seorang pelajar bagi setiap peringkat pengajian sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peringkat pengajian yang sama, permohonan tidak layak dipertimbangkan.
5. Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan.

SEE ALSO: Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA

Syarat pendahuluan pinjaman pelajaran MARA ini mungkin sama untuk tahun 2018, tetapi ada kemungkinan ianya akan ada sedikit perubahan bergantung kepada keperluan semasa.

Anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak MARA melalui telefon di talian 03-26132000, Email : webmaster@mara.gov.my atau layari Webportal Rasmi mereka untuk maklumat terperinci dan terkini.