Semakan Tawaran Penempatan Murid Tingkatan 1 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Pelajar yang ada memohon untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1, boleh membuat semakan tawaran penempatan Murid Tingkatan 1 ke SBP secara online

Anda boleh membuat semakan melalui link https://sst1.moe.gov.my

Demikian sepertimana yang disiarkan di laman website rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini.

Untuk membuat semakan anda boleh berbuat demikian dengan memasukkan Angka Giliran UPSR tahun lepas dan klik butang semakan.

Adalah penting bahawa calon/pelajar hendaklah memastikan maklumat Angka Giliran adalah sama seperti mana yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR.

Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Semakan Tawaran Penempatan Murid Tingkatan 1 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017

Sekiranya permohonan anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran yang anda dapat, sila cetak surat dan lampiran tawaran untuk dibawa bersama semasa pendaftaran.

READPanduan Cara Memohon Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Pihak pengurusan SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Kepada yang ada memohon kami mengucapkan semoga berjaya!