Biasiswa Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) 2018-2019

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) adalah tambahan kepada biasiswa-biasiswa yang ada di Malaysia untuk kemudahan pelajar yang memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana memang ada ramai pelajar yang menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran akibat kekurangan kewangan yang menyebabkan usaha mencapai cita-cita dan matlamat pendidikan mereka terhalang.

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) ini diwujudkan sebagai bantuan kewangan tambahan kepada pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah muda dan master di universiti-universiti tempatan.

Berikut adalah latarbelakang dan keterangan mengenai SPP1M ini untuk makluman anda.

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) adalah skim berasaskan ‘top up’ untuk dana atau biasiswa sedia ada di pasaran yang akan memberi manfaat kepada pelajar Malaysia. Skim ini direka bentuk sebagai bantuan kewangan tambahan untuk pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam universiti berkualiti tinggi di peringkat tempatan.

SPP1M adalah kerjasama antara Maybank dan Yayasan Peneraju, SPP1M adalah pakej pembiayaan pendidikan yang mesti dibayar balik berdasarkan kadar faedah yang dipersetujui.

Maybank dengan kerjasama Yayasan Peneraju menawarkan SPP1M sebagai pakej bantuan kewangan kepada pelajar yang layak.

READ ALSO: Maybank Scholarship Awards

Tarikh tutup

Pelajar yang berminat dan layak boleh mengemukakan permohonan mereka sebelum tarikh tutup iaitu 31 December 2017.

Permohonan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) untuk pelajar malaysia yang memerlukannya


Kriteria biasiswa SPP1M

Pelajar yang ingin memohon Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) ini mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a. Pelajar warganegara Malaysia berumur 18 – 35 tahun
b. Pelajar di semester ke-2 dan seterusnya dengan CGPA 3.00 atau ke atas.
c. Pelajar sepenuh masa
d. Universiti dan kursus yang mendapat kelulusan dari Yayasan Peneraju.
e. Yuran pengajian semester terdahulu telah dibayar sepenuhnya.

Jumlah Pembiayaan

Maksimum sehingga RM200,000 sahaja.

Universiti Dan Kursus yang layak

Untuk melihat senarai universiti dan kursus yang layak sila kunjungi Senarai Universiti Dan Kursus untuk biasiswa SSP1M

Cara memohon

Jika anda berminat anda boleh membuat permohonan dengan cara berikut:

a. Download Borang Permohonan SPP1M, Borang Pengesahan Status Pelajar dan SPP1M Checklist
b. Lengkapkan borang permohonan bersama dokumen-dokumen sokongan yang disahkan benar ke mana-mana cawangan Maybank yang terdekat dengan anda
c. Pemohon akan dimaklumkan dalam masa 2.5 bulan dari masa permohonan anda diterima

Hantar borang permohonan anda yang telah lengkap diisi berserta dengan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan (seperti senarai semak SPP1M) ke cawangan Maybank yang terdekat. Adalah disyorkan supaya anda mengemukakan permohonan anda terus ke Menara Maybank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur (Aras 20). Pemohon akan diberitahu oleh bank dalam tempoh 2.5 bulan dari tarikh permohonan diterima.

READ ALSO: Maybank Shariah Scholarship Awards

Jika anda ingin maklumat lanjut dan terkini sila hubungi pihak pemberi biasiswa atau kunjungi laman website rasmi Biasiswa Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M)