Peranan Kolej Islam As-Sofa Dalam Memartabatkan IPTS Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sektor perkhidmatan pendidikan tinggi swasta (sektor PPTS) di Malaysia bagi tahun 2010 dijangkakan mampu untuk menyumbang sehingga RM 1.3 bilion setahun kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dari tahun 2010 hingga 2020 melalui dasar liberalisasi pendidikan swasta. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia merupakan sub sektor terpenting dalam sektor PPTS yang juga merupakan salah satu sektor dalam Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA). Namun, tidak terdapat sebarang petunjuk ekonomi mahupun prestasi terkini sektor PPTS sehingga kini.
Ekonomi yang cekap berupaya menggunakan sumber input dan kos secara optimum pada tingkat teknologi pengeluaran tertentu. Model pengeluaran menunjukkan output yang bergantung kepada faktor input yang cekap seperti kualiti pekerja, mampu mempengaruhi kecekapan pengeluaran secara optimum (Farrell 1957). 

Pendaftaran Kolej Islam As-Sofa Malaysia

Penggunaan input pekerja berkualiti sering dikaitkan dengan tahap pengeluaran yang optimum. Kombinasi penggunaan input pekerja berkualiti dan pengeluaran yang optimum dikatakan akan dapat menghasilkan output yang berupaya untuk menyumbang kepada peningkatan produktiviti.

Dalam konteks artikel ini, output sektor perkhidmatan pendidikan tinggi swasta (sektor PPTS) merupakan perolehan pendapatan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 

Sektor PPTS disifatkan sebagai satu industri swasta yang mempunyai sekumpulan organisasi yang menghasilkan pengeluaran berasaskan penyediaan perkhidmatan pendidikan tinggi (Jabatan Perangkaan Malaysia 2011) dan berorientasikan keuntungan (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2013). IPTS di Malaysia merupakan sub sektor terpenting dalam sektor PPTS yang merupakan salah satu sektor dalam Bidang Ekonomi Keutamaan 

Negara (NKEA). Melalui dasar liberalisasi sektor pendidikan swasta, sektor PPTS dijangka menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM 1.3 bilion setahun bagi setiap tahun dari tahun 2010 hingga tahun 2020, hasil daripada kemasukan pelajar antarabangsa (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2007). 

Ini adalah selari dengan sasaran dasar transformasi negara untuk membangunkan sektor PPTS sebagai suatu industri eksport yang berdaya maju, yang menyaksikan pertumbuhan pesat dan pertambahan bilangan IPTS pada tahun 2010, iaitu sejumlah 476 buah IPTS dengan jumlah enrolmen pelajar berjumlah 541,629 orang (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2010). 

IPTS menyumbang 50 peratus kepada kemasukan pelajar ke peringkat tertiari pada 2010. Secara teknikal, IPTS memperoleh pendapatan hasil daripada enrolmen pelajar yang tinggi (Tham 2011). Hasil daripada pendapatan yang diperoleh oleh IPTS adalah merupakan sumbangan kepada pendapatan sektor PPTS dalam bentuk nilai ditambah (Bank Negara Malaysia 2010a, 2010b, 2010c). Semakin tinggi keupayaan sektor PPTS untuk menjana pendapatan, semakin tinggi sumbangan sektor ini kepada pendapatan negara (Jabatan Perdana Menteri 2013).

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2006) menekankan bahawa untuk mengharungi cabaran persaingan global yang serba kompetitif, sektor PPTS secara umumnya harus peka kepada persekitaran operasi IPTS seperti persekitaran perniagaan, eksport perkhidmatan pendidikan, piawaian dan kualiti pendidikan, keupayaan latihan, pelaburan, galakan produktiviti faktor keseluruhan, pembangunan PKS, sumber manusia, ICT dan perkembangan teknologi. 

Dengan itu, seharusnya pihak pembuat dasar berkenaan perlu lebih giat lagi dalam usaha menambahbaik dan meningkatkan keupayaan IPTS terutamanya untuk meningkatkan saiz operasi dan intensiti modal IPTS seperti aspek bantuan modal dalam pelaburan R&D, kos latihan dan pelaburan dalam ICT, menghadkan campur tangan pihak pengurusan IPTS atau pembuat dasar dan meringankan beban dan tanggungan kos operasi tetap IPTS yang tinggi yang dikaitkan dengan modal pekerja berkualiti. 

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, satu perempat daripada semua graduan pada tahun 2012 tidak mempunyai pekerjaan dan mendapati seorang daripada lima pemegang ijazah di bawah umur 25 tahun telah  menganggur sejak tahun 2012.

Bagi menyahut seruan itu, pada tanggal 23 Mei 2017 telah diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kolej Islam As Sofa dan Universiti Mohammed V Maghribi serta pemashyuran Kolej Islam As Sofa sebagai Kolej Ahli Sunnah Wal Jamaah di Kuala Lumpur.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Kolej Islam As Sofa dan Universiti Mohammed V Rabat Maghribi dihadiri Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia, Dato Lela Maharaja Dato Haji Muhammad Sharip Bin Haji Othman, Undang Luak Rembau; Presiden Universiti Mohammed V, Dr Saaid Amzazi; Timbalan Datuk Bandar Rabat, Sidi Ibrahim Eljoumani yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Yusufiyyah Maghribi; Presiden Pertubuhan Kerjasama dan Persahabatan Rakyat Maghribi, Hassan Ammari; Pengerusi Kolej Islam As Sofa, Datuk Haji Muhammad Fuad Kamaludin yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Pengerusi Jawatankuasa Akidah MAINS; Ketua Hakim Syarie NS, Datuk Haji Mohd Shukor Sabudin dan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Haji Kamal Amran Kamarudin.

Dengan termeterainya tandatangan ini, kedua-dua pihak mengukuhkan lagi persetujuan yang telah dicapai sebelum ini bahawa pelajar daripada Kolej Islam As-Sofa boleh menyambung pengajian ke Universiti Mohamed ke-5 tanpa ada had kuota. 

Di samping beberapa persetujuan dalam bentuk kerjasama akademik serta ziarah pelajar dan pensyarah, Pengerusi Kolej Islam As-Sofa juga telah dianugerahkan dengan kerusi akademik di Universiti Mohamed ke-5.

Pada tanggal 25 Mei 2017 pula buat julung kalinya Yayasan Sofa telah menganjurkan Konvensyen Warga As Sofa bertempat di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur yang diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Yayasan Sofa, Dato’ Haji Muhammad Fuad Bin Kamaludin. 

Konvensyen ini telah mencapai objektifnya dengan terhasilnya resolusi yang menetapkan beberapa perkara teras dan keutamaan kepada warga As Sofa dalam perjuangan memartabatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kemuncak konvensyen iaitu sesi penggulungan telah disampaikan oleh YDP Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Dato Haji Muhammad Fuad Bin Kamaludin yang mengingatkan seluruh warga As Sofa tentang kepentingan ilmu sebagai asas paling utama bagi survival Ahli Sunnah Wal Jamaah dan seterusnya menyeru agar warga As Sofa memperkasakan institusi-institusi di bawah As Sofa.

Konklusinya, usaha untuk memperkukuh peranan sektor PPTS melalui penglibatan IPTS dalam pertubuhan kesatuan tempatan dan luar negara seperti Malaysian Association of Private Colleges and Universities (MAPCU) dan National Association of Independent Colleges and Universities di Washington, Amerika Syarikat. 

Hal ini  dapat membantu IPTS yang kurang cekap untuk mencari dan meluaskan potensi rangkaian rakan perdagangan. Rangkaian ini mungkin dapat memberikan sokongan kepada IPTS dalam usaha untuk mempertingkatkan kecekapan operasi dan kos seperti usaha sama dalam melaksanakan program bina upaya, mempromosikan pembangunan dan pelaburan serta menyediakan kemudahan guna sama dalam kalangan ahli-ahli. – Oleh : Nur Faiz binti Solehan

Bibliografi
Konvensyen As Sofa As Sofa Peneraju Ahli Sunnah Wal Jamaah, http://seg.edu.my/index.php?show=7, diakses pada 2 Jun 2017.
Majlis Menandatangi Memorandum Perjanjian [MoA] antara Kolej Islam As Sofa, Malaysia & Universiti Mohammed V, Maghribi http://seg.edu.my/index.php?show=7 diakses pada 2 Jun 2017.
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi, https://www.mohe.gov.my/, diakses pada 2 Jun 2017.
Saharawati Shahar, Rahmah Ismail, Zulridah Mohd Noor, Ishak Yussof,(2015), Kecekapan Teknik Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 49 (1). pp. 103-119. ISSN 0127-1962, Universiti Kebangsaan Malaysia.