Memahami Konsep Dan Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak

Masa kanak-kanak merupakan salah satu masa atau fasa yang pernah dilalui oleh semua orang. Banyak gelagat yang kita lakukan pada usia kita kanak-kanak bahkan hari ini apabila kita melihat anak kecil kita akan meresa geram dengan kecomelan mereka dan kadang-kadang kita juga akan merasa sangat susah untuk menjaga anak kecil kerana mereka sangat aktif dan ada juga yang hyperaktif. Nah, pada tulisan saya kali ini saya akan berkongsikan beberapa fasa yang akan dilalui oleh kanak-kanak 2-12 tahun dalam mereka bertumbuh menjadi besar.

1. usia awal iaitu 2-6 tahun

Fasa awal perkembangan kanak-kanak yang perlu kita fahami

Fasa pertama di panggil fasa awal dimana anak-anak di usia ini juga di sebut early Childhood education atau usia pembelajaran. Menurut para psikologi kanak-kanak pada masa ini adalah di mana masa mereka akan selalu bertanya.

Yang sudah ada anak atau pun yang selalu bermain dengan kanak-kanak pasti tahu tentang hal ini, semasa bersama kanak-kanak akan banyak persoalan yang mereka akan tanyakan. Contohnya, ketika melihat anak-anak kecil lain menangis pasti akan timbul pertanyaan “kenapa dia menangis ?” atau melihat orang lain ke sekolah pasti timbul pertanyaan “ kenapa dia pergi ke sekolah ?” atau “ saya boleh bersekolah ke ?”.

Selain itu, pada usia ini juga anak-anak akan mengalami masa meniru di mana anak-anak kecil akan meniru segala perbuatan yang dia lihat dari orang-orang dewasa bahkan bukan sahaja perbuatan tetapi juga percakapan. Kerana itu jangan hairan apabila anak-anak yang selalu nonton televisyen akan meniru aksi-aksi setiap watak yang di tonton nya. Jadi sebagai ibu bapa atau golongan yang lebih dewasa kita seharusnya memantau perkembanan anak-anak dan juga memberikan contoh yang baik di hadapan mereka.

2. Emosi

Perkembangan emosi kanak-kanak

Di dalam usia ini juga anak-anak awal ada banyak fenomena yang terjadi kepada mereka antaranya di kenali sebagai TEMPER TANTRUM. Temper tantrum merupakan luapan emosi yang meluap-luap dan tidak dapat di kawal oleh anak kecil tersebut.

Apakah faktor yang menyebabkan fenomena temper tantrum ini ? alah satu penyebab emosi ini adalah keinginan anak itu terhalang. Selalunya hal seperti ini akan berlaku apabila kita membawa anak kecil berjalan-jalan di pasar raya dan dia melihat banyak alat permainan yang dia suka lalu meminta kita untuk membelinya tetapi kita tidak membelinya, nahh di sini lah tercetusnya emosi tersebut, reaksi kanak-kanak itu akan berubah dan dia mulai menangis sekuat-kuat hatinya kerana emosinya sudah tidak dapat dikawal. Selain itu juga, faktor-faktor yang menyebabkan hal ini terjadi adalah keletihan,lapar,sakit atau stress.

Bagaimana cara kita menghadapi Temper Tantrum ? ada beberapa cara bagi menghadapi Temper Tantrum yang bertama adalah jangan emosi. Sebagai orang yang lebih dewasa kita harus bijak mengawal emosi kita agar kita dapat mengendalikan mereka. Yang ke-2 ialah pelukukan kasih sayang. Khusus bagi ibu bapa anda harus selalu memberikan pelukan kasih sayang untuk anak-anak anda agar mereka merasa kasih sayang dari orang tua. Selain itu juga, anda harus memberi perhatian kepada mereka agar mereka merasa dihargai.

3. Perkembangan Sosial kanak-kanak

memahami perkembangan sosial kanak-kanak

Dalam fasa ini juga kanak-kanak akan melalui fasa di mana anak-anak ini susah untuk di beri makan. Selain itu juga, mereka akan mengalami susah tidur. Dan yang terakhir mereka bermasalah dalam bersosial kerana mereka akan bersaing sesama sendiri dan kadang kala mereka akan bergaduh.

Tugas dan perkembangan Fasa kanak-kanak awal

• Mereka mampu membersihkan badan sendiri pada saat buang najis@kotoran.
• Mempunyai pengertian sederhana tentang realiti fizik dan sosial.
• Mempunyai pengetahuan yang benar dan yang salah.
• Mereka juga mampu mengenal perbezaan jantina.

Masa Kanak kanak Akhir

Masa kanak-kanak akhir atau di panggil late childhood berlansung dari usia enam hingga tiba saatnya individu tersebut menjadi matang secara seksual. Pada masa awal dan akhir masa kanak-kanak keadaan sangat mempengaruhi penyesuaian pribadi dan penyesuaian sosial mereka.

Tanda permulaan akhir masa kanak-kanak ialah apabila dia mulai masuk ke tahun satu. Pada masa ini juga mereka sedang berusaha menyesuaikan diri dengar persekitaran mereka. Saat ini adalah masa sangat penting dimana masa kreativiti mereka mulai berkembang.

4. Kriteria perkembangan masa kanak-kanak akhir

Pertumbuhan fizik

Perubahan fizikal dapat dilihat melalui ketinggian yang meningkat,berat bertambah dan mereka menjadi semakin kuat dan bertenaga. Pada masa kanak-kanak akhir pertumbuhan badan terjadi dengan lambat tetapi itu juga di pengaruhi oleh cara hidup dan cara makan mereka.

Perkembangan emosi

Perkembangan emosi anak banyak di pengaruhi oleh lingkungan keluarga,sekolah,dan lingkungan bermain. Kita akan dapat melihat Anak-anak sedang mengalami ini pada ketika mampu mengawal ekspresi emosi mereka.

5. Tugas dan perkembangan kanak kanak akhir

• Mebentuk sikap yang sihat mengenai diri sendiri sebagai seorang individu yang bertumbuh dan berkembang
• Belajar bergaul dengan baik dengan kawan-kawan yang sebaya deangannya.
• Belajar memainkan perenan sesuai dengan jantina.

Itulah seba sedikit perkongsian saya mengenai perkembangan kanak-kanak dalam bertumbuh dewasa. Sekian terima kasih.