Permohonan Rayuan UPU Online System Pelajar Lepasan STPM

Maklumat ini penting kepada pelajar lepasan STPM yang gagal mendapat tempat ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Anda boleh membuat rayuan untuk permohonan anda dipertimbangkan semula. Permohonan boleh dibuat online menerusi portal khas yang disediakan.

Biasanya anda boleh buat rayuan semasa rayuan UPU Fasa 1 dan juga rayuan UPU Fasa 2.

Manalah tahu reziki dan akhirnya permohonan anda diterima dan diberi penempatan di IPTA kelak.

Kalau dapat IPTA bestlah juga sebab tidaklah hadap yuran pengajian mahal sangat.

Permohonan rayuan upu online untuk pelajar lepasan STPM

Sesi menghantar permohonan rayuan UPU Online bagi lepasan STPM / setaraf bagi kemasukkan ke universiti awam Sesi Akademik 2017/2018 mula dibuka pada 03 Ogos 2017 (Khamis) 12.00 tengahari sehingga 07 Ogos 2017 (Isnin) 11.59 malam.

Jike melihat kepada tarikh dan masa yang disebut di atas maka sepatutnya anda sudah boleh mengakses laman portal yang disediakan mulai hari ini.

Untuk makluman permohonan hanya dibuka selama lima (5) hari sahaja, jangan lepaskan peluang untuk memohon segera.

Permohonan boleh dilaksanakan melalui layari laman sesawang UPU Online.

Atau untuk keterangan lanjut boleh hubungi di talian helpline 03-8870 8200 (beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang) atau melayari laman sesawang Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

Untuk mengetahui tarikh keputusan rayuan UPU boleh dibuat, anda boleh sentiasa rujuk ke laman portal tersebut juga.

Ada baiknya jika anda perlukan maklumat lanjut, bolehlah berhubung terus dengan pihak UPU menerusi nombor yang tertera di atas.